Tuesday, March 22, 2011

Being Preggy

Up to 24th weeks, I have experienced:
  • Cramping ------> adeh..memangla perit bile terjage tengah malam, betis kejang..Nak kejut hubby, tak sampai ati..Jerit sorang-sorang dalam hati je la sambil cube meredakan cramping seorang diri..Actually, bukan x biase pun kejang betis ni..Dulu mase zaman anak dare..(eceh..dah nak jadi mak orang da ni...), zaman terkinja-kinja aktif sukan dulu, salu jugak cramping. So, dah betah la nak handle sendiri tanpa menyusahkan en. hubby yang dah banyak disusahkan tu...huhu..
  • Difficulties to sleep -----> Jeles je tengok en. hubby tdo lena kat sebelah. Yang kite ni terkial-kial nak lelap mate tak boleh. Kadang-kadang tu, memang la letak kepale je da terus hanyut ke alam mimpi. Tapi bile terjage tengah malam tu, bercinte la nak lelap balik. Asek la tengok jam pukul brape, mate still segar bugar.
  • Nightmares -----> seriously mimpi sangat mengarut-ngarut yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal ni ha. Bile terjage, mesti fikir, cmne la aku boleh mimpi benda karut marut macam ni..Huhu...
  • Constant urge to pee -------> Rasenye baru 5 minit yang lepas melawat ke toilet. Eh, dah terkedek-kedek nak pee lagi.. Sometimes, da selamat landing atas katil, mate pun dah ala-ala tunggu mase nak beradu, time tu la datang siren kecemasan nak gi toilet. Sah-sah la susah nak lelap pastu. Kalau tak pun, pagi-pagi bute bangun, sile jangan berlengah ke toilet sebab tangki memang dah fully loaded. Lambat siket je, mungkin akan terburai tengah jalan. Mak aih....
  • Back ache ------> Nak cari posisi tidur yang selesa juge adalah problem. Kalih kiri, kalih kanan...Sakit pinggan mak ni....Bantal memang penuh kat aku je lah. Kat kaki, kat pinggang...Merate..Kat kepale tu dah memang tentu la kan...
  • Wavy tummy -------> Mengapakah perutku berombak-ombak? Dah tentu la si tecit ni wat poco-poco ke ciken dance tah kat dalam tummy mak die..Aku dok terbayang die buat kuak lentang dari kiri ke kanan. then pusing balik..haha..Tapi part ni memang enjoyable..Tergelak sorang diri bile cube membayangkan ape sebenarnye si tecit ni buat kat dalam..
  • Heartburn -------> Pedihnye rase ulu hati..
Setakat 23w, weight gained baru 1.5kg setelah turun mendadak sebanyak 5kg mase first 3 months hari tu. Seriously sangat merisaukan. Selera makan dah ok, walaupun taklah selahap sebelum preggy, tapi as compared to the 1st 3 months, da ade improvement la. Muntah pun dah kurang. Ade-ade mase je muntah. Tapi musykil berat tak naik-naik. Hopefully little one is growing healthily eventhough mommy tak gain weight. Tapi supplement ngan vitamin segala bagai tu tak skip tau..

In 24th weeks, balik kampung...Selera makan tibe-tibe je membuak-buak. Kene pulak breakfast nasi berlauk gulai ayam..Adeh...Pastu dengan air tangan Ciksu lagi...Perghhh..Memang semangat la makan...Nasi yang mule-mule letak separuh, berganda-ganda tambah lepas tu.. 3 days kat kampung, gi timbang kat farmasi naik 4kg...Muahahaha..2 kali timbang sebab macam ala-ala tak caye..Tapi bile balik Ampang timbang kat umah Mama, naik 2kg je. Timbang mane yang tipu ni?????

Anyhow...I'm happy being preggy....I am enjoying my preggy moment...♥

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015