Saturday, March 26, 2011

Nasihat Luqman Hakim Kepada Anaknya

1. Hai anakkku: ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Banyak manusia yang karam di dalamnya. Apabila engkau inginkan selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

3. Hai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada-Nya, dia akan lebih dekat kepada Allahdan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada-Nya.

4. Jauhkanlah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

5. Selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa terhadap-Nya.

6. Jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu mudah sekali mengerjakannya, bagaikan memakan daging burung padahal sedikit sahaja berdusta telah memberikan akibat yang berbahaya.

7. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu, alangkah lebih baiknya apabila makanan itu diberikan kepada anjing saja.

8. Hai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahnya.

9. Apabila engkau menemukan kawan sejati maka ujilah terlebih dahulu dengan pura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

10. Selalu baiklah tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

sumber: sinar harian

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015