Friday, March 4, 2011

Pengumuman Pagi~

As usual, setiap pagi akan kedengaran bacaan doa berkumandang di corong speaker office. Pada pagi jumaat pula, bacaan doa akan disusuli dengan sedikit tazkirah, seterusnya pengumuman daripada En. H.

We all memang dah sedia maklum kalau En. H ni buat announcement, for sure dimulai dan diakhiri dengan pantun. Bukan serangkap, kadang-kadang dua tiga rangkap. Adakalanya terasa macam mengganggu jiwa jugak sebab tengah sibuk nak buat keje, nak buat discussion, terpakse tunggu En. H bermadah bagai di pagi hari.

Selama ni tak ambil endah sangat dengan pengumuman En. H. Sebab dalam hati membebel bile la nak abes announcement dengan pantun berkerat-kerat ni..Huhu..Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi pagi ni, pengumuman En. H menarik perhatian aku...

"Kepada kakitangan yang selalu bertugas lebih masa, melebihi pukul 8 malam, di sini ada satu pengumuman. Terutamanya kepada kakitangan wanita, sesiapa yang mempunyai masalah lemah jantung, darah tinggi, lelah, wanita mengandung, anda di nasihatkan agar tidak berada di kawasan pejabat melebihi jam 8 malam. Sekiranya perlu untuk berbuat demikian, sila pastikan anda tidak berseorangan dan pastikan juga kumpulan anda berada di dalam kelompok yang berdekatan. Ini kerana terdapat aduan mengenai gangguan bagi mereka yang pernah bertugas hingga lewat malam. Harap maklum."

Waahhh...sangat horrifying mendengar pengumuman pagi ni...Sebelum kahwin, pernah jugak stay sampai maghrib. Tapi since kahwin ni, 4.30 je da cabut balik. Tambah pulak dengan kelas part time. memang takde maknenye la nak stay sampai lewat malam...Huhu...Menakutkan hokey...

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015