Saturday, July 9, 2011

Kembara Kelahiran Si Chenta

28th June 2011 ~ Early in the morning
As per previous entry entitled Nine, aku dah start rase contraction yang frequent dan konsisten. Tapi, takdela rase sakit sangat. Just mild contraction, but it comes every 3 to 5 minutes. Seawal subuh, aku text one of my colleague mintak pendapat. Told her that there is no lendir or pecah ketuban. Just mild contraction yang konsisten. Die advice pegi hospital since ade gak kes yang tak turun tanda tapi jalan da bukak. However, aku decide untuk pegi office sebab belum ade instinct.

28th June 2011 ~ Daytime
Keje macam biasa. Jalan pun still gagah lagi. Lunchtime, having Double Cheese Burger @ McD. Everything just went smooth as usual. Still takde rase yang pelik. Sempat berseloroh dengan oficemate saying that I wouldn't be around tomorrow. They all suruh hold until due date sebab tarikh cun. 7/7/2011. Aku just gelak while hoping little will come out safely no matter when the time is.

28th June 2011 ~ Night
Hubby ajak gi hospital. At  first, I refused to, but then just ikut je cakap hubby. Hubby kate ok, it's ok, kite pegi check je. That evening, lepas balik keje, aku just makan biskut tiger dengan air susu kambing. After maghrib, aku and hubby head straight away to Hospital Ampang. Our plan, lepas gi hospital baru nak gi makan, then singgah rumah mama untuk hantar kain for baju raya. 

Around 9.00 p.m.
At Hospital Ampang.
Me: Awak, takyah dulu la. Saye tak rase pape pun ni. Esok luse je la. Tunggu turun tanda.
Hubby: Takpe la. Kite check je dulu.
Me: Nanti mesti doktor halau saye. Nanti die cakap awak ni lambat lagi ni, pegi balik dulu.Malu lah saye.
Hubby: Takdelah.
Me: Alah, doktor tu baru tengok muke saye je die dah tau dah belum time lagi. Mesti die cakap awak ni sihat je lagi.
Hubby: Awak berlakonla. Buat-buat macam sakit.
Me: Saye tak pandailah nak berlakon. Saye nak cakap ape kalau doktor tanye nanti.
Hubby: Awak cakapla yang awak sakit dari pagi tadi.
Me: Sure kene halau nanti..Huhu~

Kami sempat joking lagi. Seriously, I felt nothing that time sebab takde turun tande or sakit yang obvious. Kate hubby, lain orang lain sakitnye. Mane tau Allah mudahkan untuk aku. So, aku redah je la jugak since officemate pun advice suh pegi. Register kat Emergency since dah malam kan. Then, straight away pergi wad bersalin. Mase nak naik lif tu, actually that time die just open untuk staff je. But seeing me, the guard cakap, "Takpe, awak boleh naik. Nampak macam dah sarat sangat dah tu". Hubby pun ape lagi, buat statement "Haa, guard tu pun boleh nampak. Awak memang pandai berlakon ni." Huhu~

Masuk  wad bersalin, hubby kene tunggu kat waiting area while aku kene masuk PAC room. Bilik tu aku penah masuk mase antenatal class hari tu.

Nurse: Kenapa puan? Dah ade tanda?
Me: Saya pun tak sure. Takde keluar lendir or pecah ketuban, tapi saya start rase sakit and perut mengeras since 3 pagi tadi.
Nurse: Kerap ke?
Me: Setiap 3 - 5 minit. Tapi takdela sakit sangat. Cume die konsisten and sampai sekarang still ade lagi.
Nurse: Itu tandalah tu. Kenapa baru datang sekarang?
Me: Saye tak sure betul ke tak sebab rase sakit sikit je. Lagipun takde lendir atau ketuban.
Nurse: Ok, takpe. Kite check dulu.

Kat dalam bilik PAC 1, nurse suruh tukar pakai kain. Then die pasang ctg machine. Pastu die biarkan aku sensorang dalam tu for about half an hour. Sepanjang dalam tu, aku boleh dengar bunyi orang tengah push, suare-suare nurse and doktor bagi direction and support to the mommy, dan lastly suare tangisan baby. Seriously, mase tu terbergenang jap airmata.

10.10 p.m.
Doktor datang cek bukaan. Kecik je doktor tu. Dalam hati aku dah membayangkan sakit kene seluk, berdasarkan blog mommies yang aku bace. Bile doktor tu seluk, aku rase ok je. Tak sakit. Doktor cakap tak jumpe pintu. Terus ake terfikir, boleh balik. Hehe~ Doktor mintak nurse re-check. Nurse tu a bit berisi dari doktor tu. Sebelum seluk die cakap "Maaf puan, sakit sikit ye". Aku senyum kelat. Sekali nurse tu seluk..perrgggghhhh..memang sakit.. Then nurse tu cakap "Macam mane boleh tak jumpe pintu ni? Dah bukak 4cm dah pun.." Aku dah tercengang. Hah??? 4cm??? Biar betul??? So, that night aku kene tahan terus. Nurse bagi sehelai baju putih yang ikat belakang tu suruh salin. Aku macam antara dua alam. Khayalan dan alam nyata. Text hubby inform yang jalan dah bukak 4cm. Kene tahan for labour. Hubby pun macam tak percaya. Panic attack. Dahla barang satu ape pun tak bawak. memang datang lenggang kangkung je. Bile tanye nurse, die cakap takpe. Pakai baju hospital je nanti. And pesan kat hubby jangan pegi mane-mane.

Aku sempat lagi bermesej dengan hubby, mama and kangah. Of course la mama and kangah pun terkejut sebab all of the sudden je aku kene admit. Padahal before maghrib call mama borak-borak macam biase.

Around 11.00 p.m. 
Masuk labour room since the first one tu just for checking. Again, seluk menyeluk. Pastu  nurse pecahkan air ketuban. Seluk lagi. Already 5cm. Text hubby suruh masuk. Contraction become intense. Mase ni boleh senyum-senyum, gelak-gelak ngan hubby lagi. Makin lame contraction makin kuat, makin kerap  Setiap kali contraction, aku pegang kuat-kuat tangan hubby. Seriously, sakitnye tak tertanggung. Subahanallah. Mulut tak henti-henti baca doa, selawat sume. Hubby pun same. Sempat jugak hubby bagi kate-kate semangat.  Sesekali nurse datang tanye whether aku nak painkiller ke tak. Aku refuse. Gagahkan diri nak rase sakit bersalin ni secara natural. Bile opening dah 8cm, sakit makin kuat. Tak tau nak describe macam mane. Rase macam tak mampu sangat nak tanggung. Mase ni dah tak boleh amik pain killer. The only option is entonox gas. Aku gune sekali je. Memang lalok sekejap bile sedut gas tu. Tapi sakit tetap kuat.

29th June 2011 ~Around 2.30 a.m.
This is the moment adegan teran meneran start. Ya Rabbi, sakitnye. Aku takde energy since tak sempat makan pun sebelum admit. Trying really hard to push. Mate hanye mampu pejam tahan sakit. Tapi still dengar suara hubby bagi semangat and suare doktor dan nurse bagi guide. It took me almost 45 minutes to push my little hero out. Kesian sangat kat baby. Lame die tersekat kat pintu. Aku da almost give up. Tapi mase last-last tu, dalam hati aku nekad taknak ceaser. So, aku cube jugak kumpul tenaga yang masih bersisa plus bantuan dari nurse and doktor yang tolong tekan-tekan perut aku and also tarik baby dari bawah.

3.16 a.m.
A charming little prince was bornt. Alhamdulillah. Baby sangat strong. Eventhough lame tersekat kat pintu, heartbeat die still kuat. I was afraid if my baby lemas or whatsoever. Alhamdulillah semua selamat. The moment nurse letak baby kat atas dada aku, rase relief sangat. Hilang sume sakit-sakit and bersyukur sangat dapat lahirkan baby secara normal. Dan juge sangat bersyukur sebab cik hubby tak putus-putus bagi semangat dan doa. Sebelum cik hubby keluar, I remember him saying thank you to me.

Alhamdulillah. Baby lahir pada 29 Jun 2011 bersama 27 Rejab 1432H. Hari berlakunya peristiwa Isra' Mikraj.

# pengalaman bersalin #

3 comments:

  1. huhuuhuu...mampu ke aku melalui kesakitan itu...cuak. Semoga dipermudahkan olehNya. li, bile nak start rendam & minum air siti fatimah tu eh?

    ReplyDelete
  2. insyaAllah. semoga dipermudahkan..akar tu aku rendam mase mgu 37. tu pun sbb dah start rase sakit2. mak aku suh rendam.

    ReplyDelete
  3. sngnya bc ily bersalin..syukur alhamdulillah..=)

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015