Wednesday, October 5, 2011

Pumping at Office

My new bestie at office, Medela Pump-In Style Advance. Belum dapat lagi Swing idaman kalbu. Dalam proses postage. 
Bersabar wahai hati..hehe~

Setakat ni, Alhamdulillah, ritual mengepam berjalan normal. Produksi juga agak menggalakkan. Weekdays usually aku tinggalkan je pump kat office. Malas pulak hari-hari nak kelek beg besar macam sang kura-kura. Balik rumah, direct breastfeed je. Kalau bawak balik pump pun, tak sempat pun nak pump. Sebab sometimes, belum cukup time, Faheem nak susu lagi. Dah dok masuk tangan dalam mulut. Berlengas-lengas la nak oiiii..Tak dan la Ummi die nak pump. Weekend pun, jarangnye dapat pump. Kalau dapat pun, buat tandem pumping la. sebelah direct bf, sebelah pump. Faheem pun buat muke pelik tengok pump tu. Huhuhu~ So, nak buat stok masa kat office je. Alhamdulillah jugak sekarang ni tak berapa nak sibuk sangat.

Pumping session at office, 2 kali je. Sikit sangat ke normal?? First week aku buat 2 session. The next week try buat 3 session pulak. However, bila kira-kira total production per day, sama banyak je. Kalau buat 2 session, each session tu dapat la around 5-8 oz. Total ranging from 11 oz to 15 oz. Bile buat 3 session, first session dapat 7-8 oz. The next 2 session dapat 3-4 oz. Total up, 11-15 oz jugak. Huhu~


Bila pump kat office ni, aku guna double pumping..
Owh..syukurlah Kangah beli Medela yang double pumping ni dulu..Sangat berguna untuk aku..Thanx Kangah for lending me this superb machine. Macam alat canggih dari poket Doremon je rasa..Hahaha..
Masa pantang dulu buat single pumping je. Rasa kekok nak guna double pumping. Terasa seperti mesin memproses susu. Hohoho..But then, sebelum start kerja, aku try double pumping. Masa tu production merudum sikit. Alhamdulillah, bile buat double pumping, hasil lebih memberangsangkan. So, bila dah start kerja, aku stick on double pumping. Selain dari hasil yang lebih lumayan, boleh jimat masa jugak. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, rezeki Faheem melimpah ruah. Bukanla kate susu aku banyak sangat. Bile kira stock per day dengan amount of EBM yang Faheem consume while I am working, either the stock boleh ngam-ngam cover up balik the consumed EBM or ade lebih sikit. Which means tambah lagi amount total stock. Ok la tu.
Semoga Allah permudahkan urusan penyusuan Faheem dan murahkan rezeki Faheem. Amin..


Sekarang ni problemnya Faheem susah sangat nak minum botol. Die sangat bijak. Bila bagi botol, die gigit-gigit puting puting botol then tolak dengan lidah. Tapi muka selamba je. As being told by my mom and hubby la. Aku try tukar teat. Tak jalan jugak Kadang-kadang Mama try jugak feed die pakai syringe. Bile time die tak nangis, ok lah nk syringe-feed. Tapi bile time die nangis-nangis, sampai tersedak-sedak, terbatuk-batuk. Sometimes die tidur dengan perut kosong sebab die mengamuk tak mahu minum pakai botol. Maktok die pujuk, tepuk-tepuk, die tidur. Bile aku balik, MasyaAllah, gelojohnya anak aku. Lapar sangat kot. Tak menyempat. Tau je Ummi die da balik, da menggelepar semacam. Aduh sayang Ummi....


Setiap hari pesan kat Faheem jangan notty, suh minum susu botol, jangan buat Ummi, Abi, Maktok and Tok Ayah risau.. Everytime bile breastfeed die, keep on cakap kat die:
"Bile Ummi work, Faheem kenela hisap botol. Susu Ummi jugak. Ummi had to go to work. Faheem tak boleh la nak melekat je kat Ummi. Bile Ummi balik kerja, barulah boleh nenen. Kalau Faheem tak minum botol, nanti Faheem lapar. Ummi risau, Maktok risau, Abi pun risau. Nanti Faheem sakit, Ummi susah hati. Takkan Faheem nak puasa sampai Ummi balik kerja. Kesian kat Faheem. Faheem kecik lagi. Faheem minum eh nanti. Faheem jangan nangis-nangis tau. Dengar cakap Ummi. Faheem good boy kan"


Faheem nak saving stok EBM ke? Janganla macam tu sayang. Takpe Faheem nak minum banyak pun. Ummi tak kisah. Nanti Ummi try pump banyak lagi. Stok pun banyak lagi. Merata-rata Ummi letak. Kat rumah Tok Ma, kat rumah Maktok, kat rumah kite. Banyak lagi untuk Faheem. Tak payah la saving-saving ye sayang. Minum puas-puas. Ummi nak Faheem sihat. Ummi sayang Faheem.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015