Wednesday, October 5, 2011

Isteri Solehah

Isteri Solehah

 Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

 Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

 Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan



.
.
.
Perjalanan yang masih jauh untuk menjadi seorang isteri yang solehah..Masih terlalu jauh dari kesempurnaan.. Dan sememangnya manusia itu tiada yang sempurna..Namun terus mencuba dan berusaha untuk menghampiri kesempurnaan..InsyaAllah..Mudah-mudahan setiap usaha dan penat lelah itu mendapat rahmat dan barakah dari Allah SWT.. 


Dear hubby,
Please, never give up in guiding me..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015