Thursday, October 13, 2011

Terima Kasih

Ungkapan Terima Kasih atau Thank You memang nampak macam simple. Tapi kadang-kadang diperlekehkan. Bukan susah nak ucapkan Terima Kasih sebenarnya. Situasi mudah, masa hari raya bila anak-anak kecil dapat duit raya, ibu atau ayah si kecil mesti akan cakap pada si anak "Cakap apa kat aunty?".."Terima kasih" balas si kecil. Dari kecil lagi dah dididik sebenarnya. Tapi kadangkala bila dah besar, kita anggap benda tu remeh.

Hakikatnya, ungkapan Terima Kasih/Thank You boleh bawak perubahan besar pada diri individu.
*
*
*
Baik punya intro. Macam pendahuluan karangan zaman sekolah dulu..Hehe~

Sebenarnya nak cakap, my dear hubby sangat pemurah dengan ucapan terima kasih/thank you. Setiap sesuatu yang aku buat untuk hubby, mesti akan dapat ucapan terima kasih. Walau sekadar campakkan kain tuala dari atas, hulurkan sesuatu dan sebagainya. Setiap kali dengar ucapan terima kasih tu, terasa sangat dihargai walau apa yang aku buat tu tak hebat mana. Paling menyentuh kalbu kalau bab masak.

Almaklumlah aku ni tak pandai masak. Terkedek-kedek, terkial-kial kot nak memasak. Banyak kali aku mintak maaf kat hubby sebab ketidakpandaian aku ni. Mama pun pernah cakap risau kat aku sebelum kawen dulu. "Ape lah awak nak bagi laki awak makan nanti??" 

Sebelum bersalin, aku jarang sangat masak. Reason? Sebab ada kelas malam. Everytime ada kelas malam memang for sure makan luar je. Kelas pun sometimes sampai pukul 12.00. Bile time takde kelas, alasan mual-mual, loya pregnant pulak. Bukan sengaja bagi alasan. Kadang-kadang cuba gagahkan jugak, tapi selalunya memang tewas. Kesian kat hubby. Dah kawen pun macam orang bujang. Asek kene beli makanan kat luar.

Lepas bersalin ni, aku dah takde kelas malam. This semester tinggal dissertation je. So, masa aku di rumah lebih banyak. Alhamdulillah, aku cuba yang terbaik untuk hidangkan hasil air tangan aku untuk hubby. Hubby sangat tak cerewet. Die terima seadanya setiap apa yang aku masak walaupun kadang-kadang tertawar, termasin, terpedas. Bila aku tanya, jawapan dia "ok je, thank you"..Kadang-kadang aku tanya lepas dah habis makan.."Kenyang ke?".."Alhamdulillah, thank you"..Ade masa, aku tak tanya pun, tapi die tetap cakap thank you. Setiap kali dengar ucapan terima kasih tu aku jadi makin semangat untuk masak dan improve masakan aku yang tak seberapa.

Ucapan terima kasih hubby bukan untuk masakan je, tapi almost everything. Even untuk lahirkan Faheem, bf Faheem yang mana aku rasa dah sememangnya responsibility aku.

Alhamdulillah, sangat bersyukur dikurniakan suami yang sangat mengerti dan memahami.
Even millions of thanks could not pay back every single deeds that you have done.
Thanks dear. 
Really in love with you =P

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015