Wednesday, November 30, 2011

27 Years

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nyawa dan nafas untuk tahun yang ke 27
Alhamdulillah dikurniakan kesihatan tubuh badan dan dijauhkan dari malapetaka dan bencana
Alhamdulillah dikurniakan suami dan anak yang baik dan soleh, insyaAllah.
Alhamdulillah dikelilingi keluarga yang happening dan cool
Alhamdulillah punya teman-teman yang sering berkongsi suka duka
Alhamdulillah punya insan-insan yang sayang dan mengambil berat akan diri ini
Alhamdulillah di atas segala rezeki kurniaan-Mu Ya Allah
Alhamdulillah juga untuk ini
*
*
*
*
*

Thank you my dear hubby...Luv u so much..

Moga dengan kesempatan yang diberikan, dalam masa yang sebentar cuma, yang tidak pasti bila penghujung hela nafas, dengan kesihatan dan limpah rezeki yang dikurniakan dapat aku manfaatkan sebaik mungkin dalam mengejar dan merebut ganjaran buat bekal di akhirat nanti. Moga dengan setiap kelebihan dan kemudahan yang diberikan tidak menjadikan aku umat yang riak dan sombong, serta alpa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Moga dengan setiap kesukaran yang diberikan, tidak menjadikan aku umat yang layu dan lemah. Bahkan membina benteng kesabaran, redha dan menerima setiap ketentuanNya, serta tidak lupa untuk terus merayu dan merintih padaNya, mendekatkan diri padaNya dalam susah mahupun senang.
Amin

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015