Wednesday, November 30, 2011

Faheem: 5 Months Old

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah
Sudah 5 bulan hero kecil bernama Muhammad Faheem Afif ni
Semalam check-up Faheem 5 bulan

Weight: 6.8 kg
Length: 64 cm
Head Circumference: 42 cm
Chest: 43 cm



Faheem at 5 months old

Faheem dah meniarap masa entering 4 months. Kalau dulu terkial-kial jugak nak pusing. Sekarang, sekelip mata je dah meniarap. Bukan je meniarap, dah berguling-guling kiri kanan depan belakang. Kalau nak tinggalkan atas katil, make sure buat kubu keliling katil. Kalau biarkan baring tengah hall, die boleh guling-guling from wall to wall kot.

Tak boleh duduk diam. Asyik nak melonjak je. Mulut pun ramah bukan main. Pantang nampak orang, semua nak tegur. Ummi pun tak seramah tu kot. huhu~

Murah senyuman dan sengihan. Pantang orang senyum sikit, lebar la senyum. Bangun tido pun senyum. Kene marah pun senyum. Adoila Faheem..Cair Ummi tengok Faheem senyum.

Dah geget ibu jari kaki dengan penuh semangat.

Sangat masham dan comot sebab tangan tu asyik masuk mulut.

Kalau time bf, tak boleh la ade bunyi sikit. Dia akan stop hisap, cari bunyi tu. Kalau aku batuk time bf, die benti, pandang muka Ummi die dengan mata bulat macam nak marah, pastu sengih-sengih.

Sangat kuat minum susu..Faheem nak membesar dengan sihat dan kuat. hehe~

2 comments:

  1. omg! he's so cute ily!

    p/s: dah pandai gigit ibu jari kaki? jeng jeng jeng.. dah ready nak dpt adik kerrrrr?

    ReplyDelete
  2. hehe~ ibu jari kaki die sgt tasty kot..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015