Monday, July 23, 2012

3 Ramadhan 1433H


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah.
Syukur masih dipinjamkan hela nafas dan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan 1433H.

Sudah tahun ketiga rupanya berpuasa sebagai seorang isteri. Kalau masa bujang kadang-kadang boleh culas bangun awal untuk sediakan hidangan bersahur, bila bergelar isteri, haruslah kena rajin. Kalau tak, ikat perut la suami isteri bersahur air liur je.

Tahun pertama - Ramadhan 1431H
Alhamdulillah aku dapat puasa penuh. Sebulan sebelum Ramadhan, aku buat D&C sebab miscarriage. Since D&C, aku tak period lansung until I found out that I am actually pregnant again. Allah beri aku ujian, namun Allah ganti dengan kelebihan, supaya dapat menunaikan ibadah di bulan puasa tanpa 'cuti'. Alhamdulillah.

Tahun kedua - Ramadhan 1432H
Aku bersalin lebih kurang sebulan sebelum Ramadhan.Aku cuma dapat puasa 6 hari. Cuti 23 hari sebab nifas aku sampai almost 60 hari.. Huhu..This time around, Allah beri aku rehat, supaya aku tidak rasa lemah dan terbeban dengan gelaran ibu baru dan proses penyusuan. Memang masa ni aku rasa letih sangat. Ada beberapa kali aku tinggal berdua dengan Faheem. Hubby dan yang lain-lain ke surau untuk solat berjemaah dan terawih, Faheem menangis tak berhenti. Jenuh juga nak pujuk si kecil tu. Hampir-hampir tewas dengan emosi. Memang sangat letih. Mungkin sebab tu Allah beri aku 'cuti rehat' yang lama. Walaupun diberi peluang yang sementara untuk menunaikan ibadah di bulan Ramadhan yang penuh berkat, namum aku yakin, Allah sentiasa berlaku adil pada setiap makhluk-Nya. Menjaga dan menyusukan anak juga satu ibadah. Wallahualam.

Tahun ketiga - Ramadhan 1433H
Setelah berhempas pulas melunaskan hutang sebanyak 23 hari, kini bertemu dengan Ramadhan lagi. InsyaAllah Ramadhan kali ini bawa episod yang lain pula. Berpuasa sambil mengendong si kecil dalam perut dan juga melayan kerenah si abang yang semakin ligat. Mudah-mudahan diberi kekuatan oleh Allah SWT supaya dapat menyempurnakan Ramadhan kali ini sesempurna mungkin. Semoga aku tidak mengaku kalah dengan mudah, menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk ber'cuti' sekalipun tergolong dalam golongan yang diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa.

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan aku seorang insan yang lebih tabah, bersemangat dan istiqamah. Semoga aku dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini sebaik mungkin, InsyaAllah.

3 comments:

  1. sedar tak sedar dah 3 tahun ye ko kawen...

    ReplyDelete
  2. Awe, berpuase as a wife, dh masuk third year...still counting for third anniversarry...hehe..

    Puase as an ummi, my second year..weeee...dulu boleh letak faheem kt tepi...skrg die sibuk nk iftar sekali...kalah org puasa lagaknye... :P

    ReplyDelete
  3. hehehe... cian faheem.. dah nk jd abg dah faheem.. tak leh nakal2..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015