Tuesday, July 24, 2012

Borong Kurma - Mahnaz / Mercu Cita Manufacturing


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


1st Ramadhan, our plan nak cari baju raya hubby.
MIL call saying that she's going to Shah Alam, my BIL's house sebab nearby my BIL (Abe) house ade kedai borong kurma.
Abe had some work to finish up. So, Ma ask hubby if hubby would want to come over.
I said, ok je, boleh gi PKNS cari baju.
So, Shah Alam we go..

Kedai borong kurma ni memang dekat sangat dengan rumah Abe. Dari tepi jalan boleh nampak dah.Seriously, berderet kereta parking.
Kat luar kedai dah bersusun kotak-kotak kurma. Bila masuk dalam, MasyaAllah, ramainya orang.


Ni signboard kedai. Boleh nampak dari tepi jalan.
[Klik gambar , will redirect you to company's website]

There are variaties of dates available. Korang sebutlah segala nama jenis kurma: Ajwa' (kurma nabi), Mariami, Medjoul, Mabroom..Macam-macamlah. Dan macam-macam brand ada termasuk Yusoof Taiyoob.
Ma borong 3 kotak kurma. 3 kotak besar tau (karton). Hubby ambil se-karton untuk bagi kat jiran-jiran & surau.
Harga berpatutan. Kalau kurma Ajwa', hari tu aku order kat biras aku, 300g = RM 30. Hubby pesan kat kawan dia beli kat Tabung Haji, RM 45 dalam bekas yang sama besar dengan yang aku order kat biras aku tu. Tapi tak sure berapa gram.
So, aku rasa standard price RM 10 per 100g. Kat Mahnaz ni, kalau beli 1kg, RM 100. Kira harga standard la tu. Tapi kalau beli 5kg, harga dia drop jadi RM85 per kg. 
Kalau beli borong memang untunglah.

Pening kepala tengok kurma banyak sangat.

Mahnaz ni bukan setakat jual kurma je. Kekacang pun ade. Korang senaraikanlah jenis-jenis kekacang yang korang tau. Semua ade kot. Almond, pistachio, macadamia, walnut, cashew nut, dal, sunflower seed..Ehh..banyak lagilah..
Pastu ade jugak pelbagai jenis jus, candy, biskut, dried fruits, saffron...
Semuanya produk timur tengah. Banyak sangat kalau nak list out semua.

Aku tak sempat nak snap gambar kat dalam kedai tu sebab kepala aku dah serabut tengok barang banyak sangat dengan orang berpusu-pusu, beratur panjang lagi nak bayar. Gambar signboard kedai tu je yang aku sempat snap. Itupun masa nak balik, kereta tak boleh keluar sebab kena block dengan lori kontena. Huhu~

Gambar bawah ni aku pinjam kat blog ni.

Kalau korang rase nak borong kurma atau kekacang, bolehlah jenguk kedai ni kat Sime UEP Industrial Park, Shah Alam. Dekat dengan SM Teknik Shah Alam.

Lepas zohor, kami proceed dengan plan asal kami. Serbu PKNS untuk cari baju raya hubby.[ Yay...Settle dah baju raya hubby and Faheem. Baju Ummi???? ]- saje bold and kasi font besar. Nak bagi hint kat hubby yang wife die nak beli baju lain. Baju yang dah tempah hari tu tak sama tema dengan hubby and Faheem ;(((

Owh..Terserempak dengan mek Ainie: mommy Fayyadh yang dok lompat bintang lompat bintang dah habis pantang - ini ayat Ainie yang eksaited sakan bila habis confinement. Qada' shopping and berjalan sakan mek ni. Baby Fayyadh yang bam-bam pipi makin labuh syok tidur dalam stroller. Letih kena bully ngan mommy dia kot. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.1

1 comment:

  1. Bestnya shopping kat ctu. Wife shopping online kat website http://www.mercucita.com/ sebab nak walk in payah ckit. Kat online kena beli quantity yg ditetapkan. Mahal ckitla kena tmbh postage cost. Cuma jimatkan masa & fuel dari walk in.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015