Friday, August 10, 2012

Kad Raya


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Bila baca entry aty pasal kad raya, tetibe teringat something..

Ada satu kad raya yang aku simpan sampai sekarang.
Kad raya tu kalau tak silap aku dapat tahun 2002.
10 tahun dah beb.
Actually tak perasan pun yang aku still simpan kad tu.
Rasanya masa Mama nak renovate rumah dulu, aku dah buang semua kad raya zaman tok kaduk, zaman hingus meleleh, zaman kanak-kanak picisan dulu.
Dulu aku simpan semua. Berapa tahun punya koleksi. Memang melambak la.
Lepas renovate rumah, dah tak nampak dah kelibat kad-kad tu.

One fine day, dalam tahun ni la, balik kerja, nak fetch Faheem kat rumah Mama, suddenly adik bongsu aku cakap dia jumpa something. Sambil sengih-sengih mengada.
Dia tunjuk satu sampul surat.

Dalam tu ada kad raya dan sekeping gambar.
Siapa pengirim kad and gambar tu?

He was my classmate back then in 2001 masa kat TiKL.
And he is my husband now.
hehe~

Masa tu me and hubby kawan gaduh je. No heart feeling.
So, ayat sempoi je.
Bila hubby baca balik, dia tak ngaku dia tulis.
Siap ada IC no lagi suruh aku hafal and wish birthday dia sebab sebelum tu dia wish birthday aku.
Hahaha~
Hubby kata, ni bukan ayat dia ni. Takkanlah dia tulis macam ni. Siap berpantun bagai..hikhik..

Gambar tu pulak, gambar both of us masa dinner Civillians TiKL Batch 00/01:- "Dream Comes True". Bukan gambar skandal eh. Sebabnya memang dia ambil gambar ngan semua orang kot. haha~ 
Muke kami masa tu, memang kanak-kanak ribena habis.

Adik aku sengih-sengih sebab dia ingat kiterang bercinta dari zaman sekolah tapi tak nak admit. Huhu~
Aku pun tak tahu kenapa aku still simpan kad tu sampai sekarang.
Mungkin itu yang dikatakan jodoh.
Bila baca balik kad tu memang aku tersenyum sendiri.
=P

[Sekarang pun tengah tersengih sendiri macam kerang busuk..]
[Oh! miss enchek hubby.]
[Dear, siapkan kerja cepat and drive home safely.]
[Faheem and lil' baby misses you a lot.]
[...me too...]

2 comments:

  1. hihihi lawak la korang. scan la kad tu.. nak tgk!! bleh jadi bahan gelakkan cobain.. wakakakak

    ReplyDelete
  2. hahaha~ ade je kad tu kat umah...meh dtg umah meh..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015