Monday, August 13, 2012

Faheem: 1 Year & 1 Month Old


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Alhamdulillah..Dah setahun sebulan hero aku ni.
Makin ligat, makin bijak, makin keletah, makin tak kering gusi dibuatnya.
Ada je aksi, telatah yang buat orang tersenyum, tersengih, gelak.

Faheem dah semakin faham apa yang orang cakap.
Dia dah kenal vacuum, kipas, motor, burung/bird, belon, bas, lori, ball, fish, kura-kura etc.
Dah tau kalau baca doa kena tadah tangan. Bila Amin kena sapu tangan kat muka.
Tapi Faheem sapu kat telinga.
Bila orang bentang sejadah, laju je dia datang, berdiri atas sejadah sambil angkat tangan macam takbir dan cuba untuk pronounce Allahuakbar dalam bahasa dia. Lepas tu terus sujud. Tapi sujud dia dah macam baring meniarap dah. hehe~
Kalau nak susu, tunjuk kat meja sebab tupperware susu dia atas meja.
Pandai nak pakai stokin and kasut sendiri.
He knows that when Ummi and Abi calls 'abang', it refers to him.
Kalau Ummi cakap 'babab' (pukul), Faheem tepuk meja or anything yang dekat dengan dia sambil buat sound and muka yang garang.
Duduk depan laptop sambil pegang mouse, kadang-kadang sibuk menaip. Guna both hands pulak tu.
Bila pegang remote TV, terus halakan dekat TV, knowing the purpose of it I guess.
Kalau dapat telefon, terus letak kat telinga.
Baby zaman IT..huhu~

One fine day, aku and hubby balik kerja. Faheem dengan paklong dia duduk depan grill. Paklong bukak grill, laju je dia jalan pergi kat gate. Then terus terpa Abi.
Abi bawak masuk, suddenly Faheem nangis, tunjuk ke luar.
Nak ajak keluar.
Ok, jom jalan-jalan.
Abi nak keluar, Faheem pergi kat meja kecil tepi pintu, ambil kunci motor tok ayah sambil sengih-sengih.
{ Faheem selalu perhati kalau tok ayah nak keluar, mesti capai kunci motor kat meja tu. }
Nak jalan-jalan naik motor rupanya.
Bijak.


Hubby outstation last week. Hari sabtu baru balik. 
At one time, hubby text informing yang hubby dah nak sampai.
Aku cakap kat Faheem
"Abi dah nak sampai. Pergi tunggu Abi kat pintu"
Without hesitation, Faheem terus jalan pergi kat grill pintu, tunggu Abi. 
**sweet**
Bila jenguk-jenguk, Abi tak sampai lagi, Faheem nak marah. Bila nampak kereta Abi, Faheem buat muka tercengang. Macam tak kenal pulak. Bila Abi datang dekat, baru la tersengih terlompat-lompat.

Faheem oh! Faheem
Now, since dah dapat kaki, 99% memang dia akan berjalan. Jarang sangat dah nampak dia merangkak. Jalan pun dah makin laju. Rajin tawaf keliling rumah.
Kalau keluar pergi pasaraya, nak jalan sendiri and taknak orang pegang.
Cepatnya besar..
huhu~

Kalau jumpa best friend dia si PEPIN ni, memang tak sah kalau tak bertegur sapa, beramah mesra =P
Sempena raya ni, Faheem nak tumbuh lagi 2 batang gigi belah atas.
Gigi raya. hehe~ Senang nak kunyah rendang nanti.
ngeee~


Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments:

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015