Wednesday, December 12, 2012

Fourteen

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Fourteen days left
Hati makin berdebar-debar.
Semalam, rasa lain macam.
Braxton Hicks barangkali.
Tapi kerap juga..
Hubby asyik tanya, nak pergi hospital?
Aku masih jawab dengan senyuman...tunggu ye..
Cakap pada hubby, we wait and see. Kalau sakitnya konsisten sepanjang malam, esok pagi bolehlah pergi hospital.

Malam semalam, sebelum tidur, stand by buku, pen dan handphone tepi bantal.
Kalau contraction menyerang, masa untuk monitor kekerapan.
Ada jugak terjaga beberapa kali. 
Termasuk pukul 2.30 pagi, Faheem terjaga, merengek minta Ya Hanana pagi-pagi buta.
Tapi masih boleh tidur lena lepas tu.

Bangun Subuh, sesekali terasa juga sakit menjalar.
Tapi tak konsisten.
Bila kejut hubby, soalan pertama yang keluar dari mulut hubby "Nak pergi hospital?"
Belum lagi.
Sebab sakitnya macam main-main.
Sekejap ada, sekejap tak ada.
Macam biskut chipsmore.
Tapi badan rasa tak sedap. Angin-angin satu badan.
So, tak pergi kerja.
Lagipun ada check-up hari ni.

My dear Zawj, Humairah mu faham akan kerisauan mu..
InsyaAllah, when I feel like it's the time, I will let you know.

Untuk check-up hari ni:
Ummi's weight : 54.5 kg (7.5kg gained in total)
Baby's weight : 2.5kg

Everything else is normal. 
Tapi puan nurse buat aku cuak.
Masa jumpa doc, doc tak scan sebab baru last 2 weeks appointment at Hospital Ampang.
Bila jumpa nurse, katanya saiz baby kecil sangat.
Ukuran tinggi rahim 31cm pd 38 minggu, sangat jauh beza.
Puan nurse suruh refer doc semula untuk scan.
Bila jumpa doc for 2nd time, dia scan.
Alhamdulillah, ok je.
Kecil sedikit.
Tapi should be ok since kepala baby dah engaged, memang tinggi rahim akan kurang sikit.
So, tunggulah bila baby adik ni nak bagi signal ye.

Abang Faheem pulak, MasyaAllah, geram aku dengan dia.
Bertalu-talu Faheem kiss perut Ummi.
Sayangnya abang dekat baby adik.
Alhamdulillah.
Hopefully bila adik dah lahir pun, abang tetap sayang adik ye.
Jangan buli adik.
hehe~

4 comments:

  1. semoga Allah permudahkan urusan bersalin...
    baca "La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minaz zolimin" jangan putus2.
    (Ertinya :Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim.)

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015