بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Lupakan tarikh cantik 12.12.12. itu...
Hehe..
Baby tak mahu keluar on that day..
Till now, Ummi masih menghitung hari..
Takpe sayang, take your time..
Ummi don't mind pun bila kamu mahu menjenguk dunia..
Yang penting kamu sihat walafiat..
Kalau kamu tak bagi signal, 25hb Ummi kena menyerah diri kat hospital..
I hope you are doing just fine inside there..
Enjoying your last moment in my womb..
Ummi suruh abang Faheem nyanyi..
" Tanya sama adik, bila nak keluar? "
hehe~ ikut rythm lagu tanya sama pokok..
Abang Faheem gelak je..
Later on abang tepuk-tepuk perut Ummi saying
"Bibiiii.... kua"
Kalau kamu rasa gegaran kuat kat dalam, itu Abang Faheem tepuk, bagi salam, memanggil-manggil kamu.
Kalau kamu rasa terhimpit, tersepit, itu Abang Faheem nak bermanja..
Abang Faheem baring berbantalkan perut Ummi, nak dengar tindakbalas kamu barangkali..
Kalau kamu dengar jeritan comel yang nyaring, itu Abang Faheem, nak ajak kamu berbicara..
Mimpi
Kalau a few days back aku mimpi selamat melahirkan si comel ni..
Last night aku mimpi pergi Big Bad Wolf.
Teringin benar kot aku nak menjengah pesta buku cari buku untuk Faheem sampai terbawa dalam mimpi.
3 kali aku terjaga berlari ke toilet tengah malam.
Setiap kali kembali lena, itulah mimpi aku.
Menerjah BBW.
Aduh..Parah betul ni..
huhu~
No comments:
Post a Comment