Friday, January 18, 2013

2nd Anniversary Getaway: Melaka Bandaraya Bersejarah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Selesai stress tahap 1..Ade stress tahap 2 pulak after this..huhu..
Tapi hari ni rilex dulu sebelum sambung layan stress..
Nak publish pending entry..

Aduh...entry  ni dah lama terperuk dalam draft...
Dah nak masuk 3rd anniversary kot..ahah..
Info pun banyak yang dah lupa..
Layankan aje..

Our 2nd Anniversary Getaway, we went to Melaka Bandaraya Bersejarah.
9 March - 11 March 2012.
12 March is our wedding anniversary =P
Cuma kami bertiga.
Masih bertiga masa tu, belum berempat lagi.
Baru planning untuk the fourth family member..teehee~

On the way to Melaka..
Penuh gambar budak ini sajoh..
Masa ni baru boleh merangkak dan meniti..
Sekarang dah berlari gagah berani, dan dah jadi abang dah pun..
Gigi dari dua batang tu, la ni dah penuh gusi..
Tinggal gigi taring je segan-segan nak keluar..



We stayed at Bayview Hotel.
Sampai kat hotel, Faheem terus rasmikan katil..
His happy fun time.
Lepas check-in, kami keluar berjalan-jalan jap.
Misi mencari coconut shake yang famous di Melaka.
Klebang Original Coconut Shake
Beratur orang nak beli..
Masa aku pergi ni hari Jumaat, so agak-agak kalau weekend, panjang mana la queue kan..




 Klebang Original Coconut shake yang memang terbaik..
Dalam pantang ni, lagi aku terliur ok tengok gambar coconut shake ni.
Sllurrrrppp...




Sambil hirup coconut shake, lepak kat Pantai Klebang jap..
Tapi tengah panas terik, duduk dalam kereta je lah..
Lepas tu back to hotel..

"What are we going to do after this eh Faheem?"

"Faheem bagi Ummi clue eh...."
"Kalau Faheem pakai macam ni, nak pegi mana?"



"Ok, Ummi tau nak pegi mane..jom.."

It's pool fun time

Yang bestnya, rasa macam private pool hokeh...Cuma kami je dok berendam bersuka ria. Maybe sebab hari Jumaat kot..Gembiranya rasa hati..huhu~

Malamnya, mencari temapt nak isi perut yang dah berdendang riang kelaparan.
Hajat hati nak terjah ikan bakar yang famous tu..
Tapi, hubby kata mesti ramai gile dan kami dah lapar, maka baik cari tempat lain..

Sudahnya makan ikan bakar jugak. Tapi dekat Alai kot.
Ni banner gerai versi search kat google.


Gambar versi aku...
Muka kelaparan sangat dah tu..

Budak ni pulak, mengantuk tunggu ummi dan abi isi perut..hehe..

 Dah isi perut sampai kenyag, kami jalan-jalan di Melaka River Cruise pulak..
Tak naik cruise pun..Jalan-jalan sajoh..



The next day..
"Kita nak gi jalan mana hari ni ummi?"

Ok, tak ingat dah pantai ape ni..
huhu~



Dari pantai yang tak tahu nama apa tu, kami singgah rumah Mawar.
Dah alang-alang sampai Melaka kan..

Faheem dengan kakak Najla


Belah malam, pergi rumah makcik hubby, CikLah & CikAziz kat Masjid Tanah.
Balik dari rumah CikLah, singgah Restoran Barkat.
Misinya nak makan Roti John Asli dan Ayam Golek.
Tapi makan roti john je malam tu sebab perut dah berisi kat rumah CikLah..
Tak dapat la merasa ayam golek sohor tu..
Roti John not bad..Rangup weh..
Tapi sebab perut dah separa kenyang, tak berapa layan lah kan..
Cuba kalau time tengah lapar betul, memang laju je la..
Hehe..



Last day, sebelum balik, isi perut dulu la...
Jom pekena asam pedas..
Sasarannya, Restoran Hajjah Mona Asam Pedas..
Aku makan asam pedas daging tetel..
Sedap wehh..


Ummi dengan ABi makan nasi, Faheem makan sudu..
Erkkk..




Sebelum balik KL, singgah A Famosa Resort..Singgah ambil gamba je pun..



Sekian kisah jalan-jalan anniversary..
Kembali layan stress tahap 2..
Wish me luck ok..

**My zawj, anniversary tahun ni nak gi jalan mane pulop???..hehe**
tapi i will still be in speedmart mode masa 3rd anni.
^_^

4 comments:

  1. sekejap je faheem dah besa.. da ada adik pun.. be a good brother ya abam faheem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..rase mcm cpt sgt je mase berlalu...dah besar dah die...

      Delete
  2. bestnyer faheem jenjalan kat melaka...best kann..kalau pool tu kita jer..hihi

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015