Thursday, January 3, 2013

2nd Baby ¦ The Birth ¦ Part 2 ¦ Labour

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

21 Dec 2012 

Almost 5pm...
***
Already in LR while hubby waited outside. Doc question kenapa
hantar ke LR when it is only 3cm. Yet, she still proceed.
Pasang CTG machine. Then dia cuba pecahkan ketuban. Failed.
She said it's too deep inside. 

5p.m. - 7p.m.
***
Another doc tries to break the water bag. Air ketuban berjaya dipecahkan. Pasang drip. Then dekat drip
needle tu, ada lagi satu tube. Doc cakap ubat untuk kuatkan
contraction. They left me in there, alone. Sakit makin kuat
bit by bit. Sesekali doc masuk jenguk, aku senyum. She said
it's good that I look comfortable. Alhamdulillah, the pain is
still bearable. 2 hours passes by, sakit makin intense, tapi
aku masih bertahan. Aku keep on baca doa nabi yunus, rabbi
yassir, zikir. Sesekali baca fatihah dan ayat kursi. Tanya
nurse bila husband boleh masuk, she said dah boleh masuk dah.

7p.m - 9p.m.
***
Aku text hubby informing him yang dia dah boleh masuk. Suruh
hubby solat Maghrib siap-siap, doa banyak-banyak baru masuk.
Meanwhile, doc check bukaan, still 3cm. Aku dah start fikir
macam-macam. It's been 2 hours dan sakit dah agak kuat, tapi
jalan takde progress. Macam tak mampu bertahan sampai full
dilation. Dalam otak dah fikir nak ambil pethidine. Sebab aku
rasa sangat lama nak tunggu, with that kind of pain as
compared to masa Faheem dulu.

Hubby masuk usai solat Maghrib dan solat hajat, told him what
I have in mind. Then in the same time aku fikir Allah takkan
bagi sakit yang kita tak mampu tanggung. So aku biarkan je
niat nak ambil pethidine sambil cuba kuatkan tekad yang aku
mampu untuk tanggung semuanya.

Dos ubat untuk kuatkan contraction ditambah from 4 to 8 ml.
Memang contraction makin kuat. Setiap kali contraction datang
aku cuba practice breathing technique sambil dalam hati tak
henti berdoa, berzikir, beristighfar. Hubby suruh aku relax,
tenang. Dia suruh aku cuba untuk tidur. Pejam mata. Hubby
asyik monitor level of contraction setiap kali contraction
datang. He said around 20-30. He said again, masa deliver
Faheem dulu, the highest reading was around 140. I was like
???? Sakit macam ni baru 30, kalau 140 macam mana. Sesekali
aku mintak hubby tolong urut pinggang. Tiap kali contraction
datang aku tanya hubby berapa reading. "Sayang relax je,
tidur. Takyah tanya". Aku pejam mata. Doa banyak-banyak pada
Allah agar dipermudahkan dan dipercepatkan.

In the mean time, terdengar teriakan, sorakan dari bilik
lain. Mereka sama-sama bertarung macam aku. Ada juga a few
cases yang terpaksa ceaser. Bila dengar ceaser, aku harap aku
bukan salah satu darinya. Suasana dalam LR memang hiruk pikuk
dengan doc kejap berlari ke bilik sini, kejap dipanggil ke
bilik sana. They were rushing here and there. To save lives,
to help bringing another one to see the world.

Pukul 9, VE, bukaan 5cm. Then datang Dr. Rosvin. He said
empty the bladder first then only you'll get the accurate
opening. Sebab bila air kencing penuh, kepala baby tak turun.
A tube was inserted untuk keluarkan urine. After that doc
seluk lagi check bukaan, amazingly, just in a few minutes,
from 5cm, it is now 6cm to 7cm. Aku macam dapat semangat
baru. Hubby cakap, tak lama dah. Sayang boleh tahan, sayang
kuat, dear tau.

10.00p.m.
***
Contraction dah makin menggila. Still at 7cm. Aku
terus pejam mata. Cuba menikmati setiap saat yang ada. Cuba
untuk menyelam bersama kesakitan. Aku perasan, aku macam
tertidur in between contraction. Sebab bila contraction
datang, aku macam tersedar dari lamunan. Terasa kesakitan
menjalar keseluruh badan. Level contraction has reached 90 -
100. Aku tau dah tak lama.

10.15p.m., aku cakap kat hubby aku tak tahan sangat-sangat.
Hubby panggil nurse, nurse suruh aku sedut gas. Contraction
datang, aku sedut entonox 2,3 pam. Aku rasa diawang-awangan.
Terasa kurang sedikit sakit sebab tengah high. The next
contraction datang, aku sedut lagi..Relief...Another
contraction come, aku sedut 3,4 pam, tak lut. Aku dah tak
tahan sangat. Memang macam nak terberak. Aku tolak tepi gas
entonox. 

Around 10.35p.m.
***
Dr. Rosvin masuk, he said it's fully dilated. 'Pasukan sorak'
dah bersedia. Bila contraction datang, aku terus teran. Aku
dapat rasa kena gunting. Episiotomy. Hubby tolong support
badan aku, while aku berpaut pada buku lali sendiri. Selain
the team yang giat bersorak suruh aku push, hubby pun tak
henti-henti bagi support. "Sikit lagi sayang, dah nampak
kepala"..Sister cakap "Bagus..pandai awak teran, tak bunyi
lansung"..With 3 long push within 5 to 10 minutes,
Alhamdulillah, my son was bornt at exactly 2244hours (10:44
p.m). Aku boleh nampak dia 'tercampak' keluar, menggelupur
sebelum diangkat oleh one of the team members. Hubby insisted
nak potong tali pusat baby. Alhamdulillah...In between nak
meneran tu aku cuma boleh cakap Allahuakbar dan
astaghfirullah..Then once baby dah keluar tak henti-henti aku
ucap subahanallah..

Sister letak baby on my chest. Dia biarkan dalam 10 minutes
untuk skin to skin dan hubby azan serta iqamat kat telinga
baby. Then baru dia angkat untuk cuci, timbang semua.

Hubby berulang kali cium dahi aku, saying thank you. Sebelum
dia keluar dari LR, he kisses my forehead one more
time. 

# pengalaman bersalin #

Published with Blogger-droid v2.0.1

13 comments:

  1. owh...cemas. trying to recall back the experienced... hhuhu berdebar for the 2nd one...harap boleh melaluinya dgn mudah. alhamdulillah u both selamat...u such a strong mommy =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ko pun boleh anne...wish u all the best..

      Delete
  2. congrates for your 2nd beby =)salam kenal..follow sini

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, selamat semunya, bergenang mata shu baca entry ni. Wanita sangat kuat bila berdepan dengan keadaan semasa bersalin. It's wonderful. Subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..mcm tak percaya je dah ade 2 anak..hehe..

      Delete
  4. Bergenang air mata la baca ni! Teringat pengalaman bersalin sendiri. Alhamdulillah semuanya selamat. Berdebar pula fikir macam mana pula kita nanti, orang kata anak kedua sepatutnya lebih senang. Tapi tak tentu juga kan... Tengok Allah nak bagi kita rasa macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian masing2 kan. Lain anak, lain ragam..Masa doc tgh sibuk dok jahit tu, sempatlah kita ni borak2 ngan sister and doc..sister tu ckp, dia alhamdulillah anak first sampai no 5 senang sgt bersalin. Yg no. 6 pulak susah sgt...Kalau ikutkan, dah anak ke-6 patutnya lebih mudah la kan..sebab yg 5 tu semua bersalin normal. Tapi kuasa Allah kan, tiba2 yg last pulak kena berhempas pulas lebih sikit..hehe~

      Delete
  5. ili..bergenang air mate ak bace niiii...teringat time besalin kan fayyadh :'( same laa..time teran ak lgsg tak keluar suare..hebatnye kuase Allah kan..Allah takkan ks kite tgg sakit melainkan kite mampu..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.....Takutnye......moga Allah mudahkan semuanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ko boleh nas...semoga Allah permudahkan untuk ko...ameen..

      Delete
  7. Alhamdulillah, ili aku bgenang sehhhh bace entry ni... Hopefully ble turn aku nanti, aku pun bole jd kuat mcm ko aminnnnnnnnn... Byk tul pengorbanan mummy kan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...praying for u...semoga Allah permudahkan urusan ko...ameen...
      Bila dah rase sendiri, mmg terasa insaf sgt sbb dulu selalu sakitkan ati mak kan..adeehhh...

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015