Tuesday, January 29, 2013

The Beginning of My Breastfeeding Journey > Phase 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah...
Masih diberi kesihatan tubuh badan oleh Allah SWT supaya dapat breastfeed permata hati yang kedua ni..
Syukur Alhamdulillah, murah rezeki si anak dapat merasa susu badan..
Alhamdulillah, semuanya cukup-cukup saja..

Bersalin kat Hospital Ampang, salah satu hospital rakan bayi, memang support penyusuan susu ibu.
Lepas delivery, setelah baby dibersihkan, nurse terus suruh breastfeed baby.
Alhamdulillah, Faqeeh macam Faheem jugak, pandai suckle.

First few days memang mencabar as kilang susu belum fully operating.
Aku keep on sumbat jugak nipple kat Faqeeh, to stimulate milk production.
Dalam hati memang positif sangat susu cukup untuk Faqeeh, knowing that perut baby hanya sebesar biji guli.
My zawj pun pesan to keep on bf Faqeeh as susu belum cukup banyak lagi.
Bila Faqeeh keep on nangis, a few minutes lepas bf nangis, I'm feeding him at 20-30 minutes gap, I know thats the sign susu tak cukup.
And I am aware that my breast belum engorge lagi..

It's been 3 days, Faqeeh tak poo-poo. 
It's not a good sign.
Kencing pun tak berapa banyak.
Perut kembung.

Bila doc datang round, she said air kurang sebab ubun-ubun baby jatuh.
Nampak lekuk yang ketara.
Baby dah start kena jaundice.
Doc pesan in between breastfeeding, bagi supplemental feeding 40ml untuk recover air yang kurang.
The best is expressed milk. Tapi kalau takde, terpaksa bagi formula.

Aku gagahkan diri untuk tak ambil formula.
My last resort, mintak izin my zawj untuk mintak EBM biras aku, Kak Ina, instead of giving formula.
My zawj izinkan, dan bila tanya kat Kak Ina, she said ok je jadi anak susuan.
She even prepare fresh EBM instead of frozen.

That night, lepas dapat persetujuan both parties, baru aku rasa breast sedikit engorge.
Tapi aku cakap kat my zawj that I still need the EBM, buat spare in case susu aku masih belum cukup banyak untuk Faqeeh.
Unfortunately, my zawj tertinggal EBM tu..

On my side, tak ralat pun sebab since that Alhamdulillah susu mula meriah.
Faqeeh pun dah start poo-poo balik.

Bila rasa breast dah mula engorge, aku pun terus start pumping routine.
Inilah teman setia aku kat wad..
My Lovely Swing..


Gigih aku mengepam..
Kat hospital tu ada je pump..
Tapi aku insist on bringing my own breastpump sebab walaupun bilik mengepam tak berapa jauh dari bilik aku, still aku takkan dengar kalau baby nangis.
Pastu aku malas nak tunggu kalau kena queue..dan juga aku tak boleh nak buat tandem..
Bila bawak pump sendiri, aku boleh pump kat katil je sambil bf Faqeeh..
Dan kalau Faqeeh tidur pun boleh pump dengan senang hati tanpa perlu risau Faqeeh terjaga menangis terjerit-jerit.

First few times, bila pump, tak dapat tutup dasar botol pun.
Tapi aku keep on pumping.
Then dapat la cover dasar botol..
Pastu tambah lagi sikit, almost 1 oz..
Sedikit demi sedikit, dari tak dapat tutup dasar botol, ke 2 oz kolostrum yang super pekat kekuningan.
Syukur Alhamdulillah..
Baru aku tau macam mana rupa kolostrum
Masa Faheem dulu, aku lambat start pump, so tak pernah tengok rupe kolostrum tu..



Tujuan aku pump masa kat wad tu bukan untuk buat stok.
My main reason is to stimulate milk production.
Dan juga to feed Faqeeh in between breastfeeding session.
Mula-mula aku suap kat Faqeeh pakai sudu..
Bila dah banyak sikit, aku bagi pakai syringe pulak..
Sebab nak bagi Faqeeh kencing dan poo-poo banyak-banyak supaya kuning cepat turun and boleh balik cepat..huhu...

Alhamdulillah, bekalan susu untuk Faqeeh mencukupi. Mudah-mudahan dapat susukan Faqeeh sampai 2 tahun, Inshaa Allah..
Hari tu masa tengah stress nak siapkan thesis, effect gak kat milk production.
Alhamdulillah now dah back to normal..



Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

  1. ily::
    tahniah ye..sonok nye tengok golden liquid tu..hehehe..xsabar nak ada baby jugak lagi (eh..???)
    tp naufal mcm xready langsung nak adik..aku pegang baby pun dia menangis jerit2 lagi..maybe kena tunggu dulu la kot..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mami naufal...insyaAllah naufal boleh accept klu adik dia sendiri..Aku risau gak dulu, tapi Alhamdulillah, Faheem ok je..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015