Wednesday, January 23, 2013

VIVA Forever...Alhamdulillah, Selesai Sudah...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


VIVA Forever?
Ini bukan kisah lagu Spice Girl yang dah berkurun lama aku tak dengar tu..
hehe..

Sebelum ini aku stress..
Ada stress tahap satu dan tahap dua..
hahaha..

Now, Alhamdulillah dah lega..
Semalam baru selesai Viva Master..
Syukur semuanya ok-ok sajoh..

Stress tahap satu adalah nak siapkan report thesis..
Alahai...aku ni pun buat kerja last minute..
Masa dalam pantang ni la baru struggle nak siapkan report...
Bersengkang mata stay up study data, baca journal, buat analysis..
Memang rasa nak lempang diri sendiri...
Siang hari bergelut dengan hero sulung..
Ummi nak buat kerja, dia nak tolong juga...
Malam la baru khusyuk nak buat kerja..
Akibat berjaga malam menghadap laptop, aku dah macam zombie..
Kata mama, biji mata pun macam nak tersembul keluar...
Ohooiiiii...Kau pantang ke tak ni makcik oiii???
Syukur Alhamdulillah, manage to finish up the report and submitted..
Tapi aku mintak submit lambat seminggu..
Sebab memang tak sempat nak submit on the date..
The night sebelum nak submit tu, dengan mama pun berjaga sekali..
Sebabnya, aku ni dok mengejar masa (akibat mensia-siakan masa yang banyak terbunag sebelum ni...huhu)
Si kecil Faqeeh pulak taknak tidur..Sekejap-sekejap nangis nak susu..
Aku panaskan EBM je bagi kat dia..
Dengan harapan sekali sedut sebotol tu, tidur nyenyak la dia..
Nope....I'm wrong..Dia nak bergantung jugak...
Hari submit report, aku tak tidur lansung the night before..
Gigih menggunakan saki baki masa yang ada untuk check balik dan submit TURITIN..
Hasilnya, lepas selesai submit report, aku qada tidur..
Dari petang, bangun masa maghrib, makan..
Pastu sambung balik tidur awal...sampai esoknya..Itupun still pening-pening lalat..
Mujur sepanjang malam tu Faqeeh tak meragam..

Stress tahap dua, menyiapkan slide presentation dan menghadap panel untuk viva..
Masa buat slide, aku rasa macam ada something wrong..
Macam ada benda aku buat silap..
Sangat tak confident dengan report yang aku dah submit tu..
Bila buat kerja last minute memang macam tu..
Semua benda rasa tak kena..
Check pun sekali imbas je..
Mulalah rasa tak senang duduk..
Risau kena tembak...
Cuaknya macam nak bersalin kali ketiga...
Masa nak buat slide ni, my zawj dah pesan, jangan buat last minute..
Nanti tak tidur malam lagi, letih je..
Syukur Alhamdulillah, everything went well..
Takdelah smooth, tapi tidaklah seteruk jangkaan aku..
Dan apa yang aku risaukan tu, it wasn't even an issue..
In fact, panel accept my study dan suggested that a few study on the same topic should be done for a few other places...
Siap berbincang lagi encik-encik panel dan puan supervisor aku tu on how to expand the work that I have done..How to get the data etc.etc...

Akhirnya, selesai juga..
Tapi ada correction...Mujur minor je..
Lega sikit hati ni...
(yay...boleh berangan untuk konvo akhirnya...)

Ya Allah...bersyukur sangat my zawj tak henti-henti bagi sokongan..
Dia cakap sorry tak dapat tolong aku..
Bila aku berjaga malam, bersengkang mata..
Hakikatnya, banyak sangat dah dia tolong zawjah dia ni..
Dari sokongan, dorongan yang tak berbelah bagi, doa yang tak pernah putus, semangat yang tak pernah luntur, nasihat yang bertali arus...
Tolong jagakan Faheem, tolong hantar aku print dan submit report, tolong hantar aku pergi viva..

Hari submit report, my zawj ambil cuti..
Berangkut anak-anak sekali..
Sebabnya, mama ada appointment klinik..

Hari viva, my zawj kerja..Dia keluar tengahari ambil aku since aku present pukul 2 petang.
Awalnya taknak bawak anak-anak..
Tapi, bila tengok aku dah bersiap pakai tudung, Faheem cepat-cepat capai kopiah, tunggu dekat grill..
Kesian tengok dia, aku bawak la jugak..
Masa my zawj drop me dekat faculty, dia suruh Faheem cakap
"Abang cakap kat Ummi, good luck.."
"Lakk.."
"All the best"
"Besh.."

Hihihi...yang hujung je dia sebut..

My pillar of strength..
My zawj dan anak-anak..
Syukur Allah pinjamkan kalian untuk aku..

2 comments:

  1. "niaahhh"

    *terkenan dek faheemm..amik yg ujung je. kikikik.
    congrats ili..best kan perasaan itew? rasa nak lompat! lompat! lompat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahah..terkenan faheem ye..hehe...
      tq mawar..yeahh...nak lompat!! lompat!! lompat!!
      lompat bintang ley?
      hik3

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015