Tuesday, March 19, 2013

Faheem.....The Big Brother...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته


Lately, faheem agak cranky...Puas kami fikir dan cuba cari apa punca dia tiba-tiba asyik nak mengamuk dan menangis jerit-jerit tahap teran sampai suara serak...
Bila datang angin dia, memang aku jadi buntu nak faham apa dia nak..Semua serba tak kena...Nak susu, bila buat susu, taknak pula susu yang dah buat tu, then nanges jerit-jerit lagi nak susu...
Tahan la dia menjerit menangis...Mesti jiran-jiran ingat aku ni dera anak...huhu...

Sembap mata menangis

Pastu tengah dok menangis golek-golek, mintak dokong pulak...Kalau time tu tengah pegang adik, dia suruh letak adik dulu, siap bagi bantal.."Ummi, bomm....adik"..Nak suruh adik dia tidur la tuh...Ummi ni, berkelek la si abang sambil masak sambil basuh pinggan...

Sakit pinggang pulak...Payah nak buat kerja...Sudahnya aku sumbat la Faheem dalam SSC...

Boleh la nak masak ke ape...At least my hands are free...Tapi sekejap je tahannya. Pandai pulak dia mintak nak turun...Then suruh aku bukak carrier tu..Pastu mintak dokong balik...Memang bertuah sangat..

Kalau aku dengan anak-anak bertiga je kat rumah, kadang-kadang aku biarkan je dis menangis...Tahan telinga ah...Nak marah pun, dia bukan faham..Kadang-kadang termarah jugak la...Manusia biasa kan, tahap mana je sabar aku ni...Pastu ummi pulak la nangis minta maaf dengan anak...sobs...

Macam ni la rupa aku kalau tinggal bertiga..haha...Tapi mujur la bila abang cranky, adik seakan faham, senyap je or tidur je...Kalau tak, macam nak sawan juga kalau both dok menjerit...

Kalau ada my zawj, dia bawak la keluar jalan-jalan...

Ni salah satu sesi memujuk la ni...Bagi je dia main apa dia nak selagi tak memudaratkan lah...

Most of the times, aku fikir, sebab ade adik ke dia jadi macam tu...Tapi, tak jugak...Sebabnya, recently je dia menangis mengamuk ni...Since adik lahir, dia seems to be fine...Sayang adik walaupun kadang-kadang kena cepuk jugak la adik tu...

Siap nyanyikan Ya Hanana untuk adik..

Bila adik tidur, dia pun tepuk-tepuk adik sambil berzikir dalam bahasa dia...Bangun tidur, cari adik...Bila adik nangis, dia panggil adik "Adikk...don klai (don't cry)...jap..jap.." Suruh adik tunggu sekejap..huhu..

So, I guess ini bukan kes jealous...
Yang pasti, dia jadi cranky lepas dia demam dan ade blockage kat telinga..So, most probably blockage tu buat dia rasa tak selesa...
Semoga earwax tu cepat keluar so that he can be active as usual...Ameen Ya Rabb..

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015