Tuesday, March 26, 2013

RandomTalk #2: Pokok

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته


Aku selalu mengeluh pada my zawj...
Mengeluh tentang kehidupan dan persekitaran...
Mengeluh tentang orang itu dan orang ini...
My zawj tadah telinga je dengar luahan perasaan isteri..
Agaknya bila dah selalu sangat si isteri berkeluh kesah, my zawj cakap...

"Jadi macam pokok...Biarpun orang selalu baling batu, baling kayu, baling macam-macam, pokok tetap bagi buah yang masak ranum"

Terkesima kejap...Termenung jauh aku seketika...Thinking mode...
Secara mudahnya, tak kira apa orang buat dekat kita, baik atau buruk, jangan balas dengan keburukan..
Orang mengata kita, kita jangan mengata dia..
Orang fitnah kita, kita jangan fitnah dia...
Orang cakap kasar dengan kita, kita jawab dengan sopan, lemah lembut dan penuh adab...

Ok, aku hendak jadi seperti pokok...Untuk semua orang disekeliling aku...Untuk my zawj juga..

Untuk mereka yang membawa aura negatif, yang membaling batu, kayu dan apa sahaja, in shaa Allah, cuba untuk tidak terbawa-bawa dengan aura negatif mereka, membalas balingan batu dengan buah yang masak ranum..
Untuk my zawj dan mereka yang ber-aura positif, yang banyak mendidik jiwa ini, secara lansung dan tidak lansung, buah masak ranum juga untuk kalian kerana kalian yang menjadi baja agar pokok ini hidup subur..

Kesimpulan
Jangan pernah berhenti berbuat baik. Teruskan berbuat kebaikan dan mendoakan kebaikan untuk orang lain walaupun kebaikan kita di balas keburukan. Jangan pernah merasa lelah berbuat kebaikan

Cuba ingat balik berapa banyak dosa kita pada Allah.
Berapa banyak kezaliman yang kita dah buat pada diri sendir dan Allah.
Walau menggunung dosa kita pada Allah, Allah tak pernah lelah memberi nikmat dunia pada kita. Allah tak pernah letih melayan kerenah kita.
Bayangkan kalau Allah penat dengan perangai dan dosa-dosa kita, bayangkan kalau Allah dah tak nak layan kerenah kita yang macam-macam, bayangkan kalau Allah tidak lagi menghadirkan kebaikan dalam hidup kita...Nauzubillah..
 

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015