Thursday, April 4, 2013

Hijrah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته

 Kenapa bila kita nak berubah, nak berhijrah, selalu rasa macam susah sangat.
Hati, minda dan lidah tak seiring. Takde sinergi..

Bila aku nak buat sesuatu yang baru, yang aku tak pernah buat, mesti akan ada bisikan..
"Nanti orang cakap macam ni, cakap macam tu"
"Nanti nampak pelik je..."
"Elok ke? Cantik ke?"
Terlalu risaukan apa orang lain akan kata.
Memang susah nak lawan.

Bila dah lawan yang satu tu, nak istiqamah pun jadi masalah.
Kadang-kadang terlupa.
Kadang-kadang buat sambil lewa.
"Kalau tak buat sekali ni takpe kot"
"Kalau macam ni orang tak perasan kot"
Sekali, dua kali, lama-lama tinggal terus.
Hilang macam tu je niat hijrah yang mula-mula tu..
 
Ini ade tips bagaimana untuk cemerlang dalam hijrah oleh Dr. Sharifah Hayati.

(1)
Niat yang baik, tekad yang kuat
Untuk dapatkan niat yang baik, hati kena bersih.
Selalulah berbicara dengan hati sepertimana kita bicara dengan perut. Kita selalu berbicara dengan perut. Perut lapar, hari ni nak makan apa..Itu bicara dengan perut..
Jangan lupa, hati pun perlu sentuhan. Hati pun perlu diberi perhatian. Bangun pagi, tanya keadaan hati, baik atau tidak. Jika hati rasa lapang, tenang, ucaplah Alhamdulillah. Jika hati rasa kacau, kusut, perbanyakkan istighfar.
Bila berniat, mesti ada mind mapping. Apa yang kita niatkan, untuk siapa dan bagaimana.
Apa niat kita untuk suami, anak, ibu ayah. Yang paling penting, apa kita nak buat dengan Allah. Apa yang kita boleh buat untuk perbaiki diri kita sebagai hamba Allah.

Hijrah yang bagaimana?
Buat  benda yang belum pernah buat.
Elakkan perkara yang memusnah.
Istiqamah.

(2)
Buang perkara yang jahat.
Berebut-rebutlah meminta keampunan dari Allah. Bertaubat dan perbanyakkan istighfar.

(3)
Buat cepat-cepat
Jangan bertangguh. Kita tak tau kita mati bila.

Hijrah ni bukan tunggu tahun baru, baru kita tanam azam nak berhijah, nak itu, nak ini.
Sepanjang perjalanan hidup kita adalah hijrah.
Setiap hari kita boleh tanam niat nak berubah, nak berhijrah, nak transform..

Mula-mula mungkin rasa susah, payah...
Lama-lama, bila istiqamah, bila lawan dengan nafsu, In shaa Allah, yang susah jadi mudah.
Buat sikit-sikit, tapi istiqamah.

***
Aku bukan manusia sempurna. Jauh lagi perjalanan nak menggapai gelaran solehah. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Banyak lagi ilmu yang perlu dicari. Aku cuba untuk berubah. Aku harap aku mampu istiqamah. Tak banyak yang aku buat. Sedikit demi sedikit. Bukan nak suruh orang beri penghargaan pun. Bila orang kata aku jadi contoh yang baik untuk dia, aku bersyukur aku mampu bagi orang benda yang baik. Tapi aku ada sisi yang buruk jugak. Yang buruk tu janganlah ikut. Tegur. In shaa Allah, aku terima dengan redha. Menilai diri sendiri, jarang nampak keburukan. Menerima pujian, aku jadi takut jugak. Takut timbul ujub. Nauzubillah.
My zawj, jangan jemu menegur, jangan lelah mengingatkan.
Untuk kesayangan yang mesej aku, terima kasih untuk penghargaan yang terlalu tinggi bagi aku. Malu. Tak layak rasanya dihargai begitu. Rasa diri masih terlalu kerdil disisi-Nya. Semoga kita sama-sama berusaha mencari redha Ilahi.

Pesan my zawj,
"Dakwah pada diri sendiri dulu."

Kalau diri sendiri pun tak mampu nak berubah, bagaimana nak mengubah.
 Kalau diri sendiri pun tak terkesan dengan dakwah, bagaimana nak menyampaikan.
Wallahua'alam.

 

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015