Tuesday, April 9, 2013

Faqeeh: 3 Months


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته


Alhamdulillah...He weighs 5.6kg. Although slightly ringan dari abang, adik lebih chubby dan padat..Ummi nak gigit je selalu...Geram..hehe..

Alhamdulillah, Faqeeh dah boleh minum botol. Bukan jenis puting sebenarnya yang bermasalah, tapi kena rajin sumbat dan tabah lah hati wahai ibu dengar anak menangis merintih..Paling kurang seminggu..Sekarang bagi puting apa pun dia sedut je..Takpun, nilah kerja dia...Isap jari..Mana belajar ni adik?? Abang Faheem dulu tak isap jari pun..huhu~


Bersungguh isap jari siap tampung dengan tangan sebelah lagi...haha~


Dah pandai gelak, ajak bercerita dah...Kadang-kadang nangis just sebab nak orang layan dia bercakap dan bergelak ketawa. Kadang-kadang tengok abang main dia boleh gelak sendiri. Apatah lagi kalau abang dok ligat agah dia. Abang baring atas perut dia pun dia gelak..



 Abang pulak, rajin nak bercerita, menyanyi, berzikir kat adik. Alhamdulillah. Nanti abang ajar adik ye..Be good to each other..

Looking at both of you, growing up so fast, lagilah hati ummi ni meronta-ronta nak ada kat sisi kalian 24-7..In shaa Allah, one day...Semoga Allah permudahkan..

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. salam dik,

    comel betul gambar anakanda faheem hisap jari :)


    salam kenal..
    kak izah :)

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015