Tuesday, May 7, 2013

Tok Guru...Tokoh Ulama' Terbilang..

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلا م عليكم و رحمة الله و باركته

Semalam aku cuti..Bukan cuti pasca PRU13..huhu~
Memang dah apply cuti awal-awal sebab nak menguruskan pengambilan jubah konvo...
Bila buka Facebook, terbaca status yang sepupu aku post..Ni sepupu belah ayah...{I'm Kelantanese on my father's side..Adik-beradik ayah semuanya masih di Kelantan}
Pertamanya berita pengunduran Tok Guru dari tampuk pemerintahan negeri Kelantan.
Keduanya kisah bagaimana sepupu aku pertama kali mengenali Tok Guru.
Ketiganya kisah Tok Guru menyatakan rasa malu kepada baginda Rasulullah SAW.

Tok Guru malu dengan Rasulullah saw.

Hari itu , penyokokng PAS berusia veteran bersama yang muda segar dari PENDANG
melawat TGNA di Pulau Melaka sempena lawatan tarbawi.

Gembira mereka kerana hajat untuk bertemu dengan jarak dekat tercapai. Lalu situasi agak beremosi . Sudah lama berbicara .
Semua diam ..TGNA sambung ; " Ambo ni dak tak berapa nak larat. Ada yang suruh saya berenti sebab faktor usia dan kesihatan " . Tok guru berhenti , kami
yang hadir menarik nafas , kemabang kembung dada . Sebak.
Argh.. Situasi menjawab. Sebak. Ya Rabb..

Seorang pak cik tua berseka air matanya mencelah ; " Tapi tok guru , Rasulullah berjuang sehingga wafat. " Di lap air jernih panas yang mengalir.

Tok guru angkat kepala ; " Sebab itu ambo malu pada Rasulullah ( untuk berenti perjuangan walhal hayat masih dikandung badan ) "...



*Begitu ikhlas TGNA beserta mereka yang terlibat dalam perjuangan utk menegakkan Islam..Bagaimana kita yang masih muda dan tenaga yang kuat???

 Membaca status-status tersebut, jujur, mengalir airmata...Sedih, sebak bersatu...
Melihat wajah Tok Guru sedikit sebanyak mengingatkan aku pada arwah Tok Ayah..
**sobs**
Semoga rahmat dan barokah Allah sentiasa memayungimu..

*****

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam.


 
1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.

5. Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami.

Sumber


4 comments:

  1. btlkn...muka TGNA ada iras2 arwah tok ayah...beza cuma TGNA kulit cerah, arwah tok ayah gelap..al-fatihah tuk arwah tok ayah... harap MB baru klantan dpt kekalkan ciri2 pemerintahan TGNA...in shaa allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. True...rindu arwah tok ayah...in shaa Allah, mudah2an pemerintahan berlandaskan Islam kekal di Kelantan..

      Delete
  2. cried...
    TGNA sentiasa di hati. semoga Allah bagi TGNA kesihatan yg baik. jika ditakdirkan dia tiada lagi dlm perjuangan mendatang kita, semangatnya sentiasa akan dibawa bersama. nangis lagi... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sobs...
      everytime baca balik, confirm nanges lagi...
      Walau duduk jauh di KL, terasa dekat sgt di hati..
      Moga2 lebih ramai cerdik pandai agama tumbuh bagai cendawan, mewarisi sifat kepimpinan TGNA, dan lebih bagus kalau dapat mewarisi kepimpinan Rasulullah SAW..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015