Tuesday, July 9, 2013

Adik Faqeeh's First Teeth at 6 Months +


Weekend baru ni, Faqeeh sangat lah cranky..
Asyik menangis je dan nak berdokong sokmo-sokmo..
Pantang lah Ummi letak walau sesaat, terus menjerit macam dipukul..
Kesian Faqeeh, tak selesa agaknya gigi baru nak keluar.
Gusi dah pecah dah pun, dah boleh rasa dah mata gigi dia..

Tengok muka sedih adik Faqeeh mintak simpati.. Bersungguhlah adik Faqeeh nangis.

Gigi baru nak keluar, belah kiri. Yang belah kanan pun dah nampak bayang dah. Akan menyusul tiba..huhu~

Ni muka baru lepas nangis..Meleleh-leleh airmata..

Alhamdulillah, tak demam pun. Cuma itulah, manja kededek. Memang tak boleh tinggal lansung. Hilang je Ummi dari pandangan mata dia, menjerit lah dia panggil suruh angkat..hehe~

Dah boleh duduk tegak dah adik Faqeeh. Dah boleh merangkak juga. Kali ni dah betul dah gera, tak masuk gear reverse dah..Dan juga dah sibuk nak capai barang, nak berdiri. Ade hati juga nak lepas tangan macam dah boleh standing still without support.

Takpe, buatlah ape awak nak buat pun. Ummi tak marah. Kalau jatuh, sakit je. Tapi awak kuat. Nangis sekejap je, then ok lah kan..Kalau tak jatuh, mana nak belajar ye dak?? huhu~

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015