EBM Management? poyonye tajuk...But really, i need an EBM management..
Syukur Alhamdulillah, rezeki Faqeeh untuk breastfeed masih ada. Tidaklah melimpah ruah, tapi Alhamdulillah, cukup, malah lebih dari cukup untuk Faqeeh.
Alhamdulillah, selesai 6 bulan pertama penyusuan.
Kalau ikutkan, dah boleh bagi solid food.
Tapi ummi cuba bertahan, planning nak breastfeed secara eksklusif, kalau boleh sampai 2 tahun. In shaa Allah. Ummi doa, usaha & tawakal..Semoga Allah permudahkan.
Berbanding masa Faheem dulu, stok EBM kali ni lebih berganda banyaknya.
Banyak pada kiraan aku, sebab masa Faheem aku cuma simpan EBM dalam storage bottle. Sekarang ni, storage bottle masa zaman Faheem tu semua dah fully utilized dan terpaksa ditambah pula dengan milk liner.
Jumlah milk liner pulak dah berganda jumlah storage bottle yang ada.
Syukur Alhamdulillah, semua tu rezeki adik Faqeeh dan abang Faheem..
Berbalik pada tajuk entry, kenapa aku perlukan EBM management?
How to manage your EBM? How to handle your EBM?
Macam mana simpan, macam mana nak guna EBM semua tu in shaa Allah takde masalah.
Maktok & Tok ayah dah pro dah pasal handling EBM ni..hehe..
Stok mana yang nak pakai dulu pun takde masalah sebab selalunya aku dah thawed kan siap-siap.
Just tinggal mama/ayah panaskan and feed Faqeeh je.
Cuma masalah aku sekarang ni, storage space.
Freezer rumah aku dan rumah mama dah fully occupied dengan stok EBM. Freezer rumah aku memang lah sumbat selagi boleh. Tu yang stok bahan basah tak berapa nak ade tu.
Kat rumah mama pulak, tak boleh la nak lenjan the whole freezer. Kang perut-perut kat rumah tu nak isi dengan ape?
Itupun aku dah occupy 1/3 of the freezer..
Faqeeh pulak, dulu sehari (read 8 jam) dia minum cuma 9-10 oz je EBM. Selalunya aku thaw-kan 10 oz frozen EBM plus another 2 or 3 oz chilled EBM.
Memang berbaki 2-3 oz..Dah pesan siap-siap kat mama bagi yang frozen dulu. So, bila ada balance yang chilled tu, boleh lah aku bekukan.
Only recently Faqeeh minum 12-13 oz per day.
Tak banyak kan dia minum sehari...Itu kalau minum EBM..
Bila dah dapat mesin proses susu (nenen Ummi lah!!) minum macam tak kenyang-kenyang..
Hasil perahan pulak, sehari range dalam 16-20 oz. So setiap hari pun akan ada additional stock dalam 3-7 oz. Syukur Ya Rabb.
Stok terkumpul semasa approximately around 1200 oz..Alhamdulillah..
Tapi kat mana nak simpan stok-stok tu dengan keadaan peti yang makin nazak kapasitinya??
Beli deep freezer?
Memanglah kalau ikutkan hati nak je sambar seketul deep freezer tu, humban semua stok EBM dalam tu. Puas hati.
Tapi, it is not an option for me.
Space constraint. Kat ceruk mana aku nak letak deep freezer tu?
Baiti Jannati kami adalah tersangat comel dan membahagiakan.
Memang takde tempat nak selit-selit deep freezer ke ape-ape pun la.
Kurangkan pumping session?
A big NO-NO also for me. Sebab aku percaya pada konsep demand and supply.
Kalau aku skip pumping session, aku risau production susu akan berkurang.
Sekarang ni Alhamdulillah, aku masih konsisten pumping 3 times per day. Ade jugaklah a couple of times yang aku terskip pumping.
Tapi at least twice a day memang tak missed.
Alhamdulillah juga diizinkan untuk beli FS yang sangat-sangat membantu aku sebab boleh pump sambil buat kerja (sambil taip blog entry juga...miahahaha)..
So, ape lagi solution untuk aku?
Akhirnya, my zawj suggest suruh bagi EBM dekat Faheem.
Memang pernah bagi pun sebelum ni.
Faheem taknak kalau kita bagi dia purely EBM. He knows.
Dia cakap itu susu pam, susu nenen, susu adik.
He rejected it.
Then kami campur EBM dengan FM.
Kadang-kadang buat 4 oz FM + 2 oz EBM.
Alhamdulillah, dia minum je. Tak rasa sangat kot.
Recently my zawj buat 3 oz FM + 3 oz EBM.
Faheem bau, senyum-senyum. He said, "cucu nenen"...
Then dia senyum lagi, minum sikit-sikit, ulang banyak kali "cucu nenen"..Minum lagi, sampai habis..
Phewww...Tau je dia...But, Alhamdulillah habis jugak..
Jadi, macam mana EBM management yang aku nak apply?
From now on, aku perlu make sure daily consumption = daily production.
Cuba untuk maintain stok terkumpul at 1200 oz. Sebab banyak tu je yang boleh sumbat dalam peti.
Let say hari ni pump dapat 18 oz, adik Faqeeh minum 13 oz, baki lagi 5 oz tu kena bagi abang Faheem.
Kalau plus minus 1-2 oz tu boleh tahan lagi kot..
Dengan cara ni, aku tak perlu beli deep freezer, dan tak perlu reduce pumping session.
Mudah-mudahan berhasil..
Owh..this time aku ada EBM logbook. Just a simple logbook to record amount of milk that goes in and out of the fridge daily.
Senang nak monitor berapa stock in hand..
Tak payah lah nak berkira-kira balik berapa botol yang tinggal macam Faheem dulu.
Semoga murah rezeki anak-anak Ummi. Semoga usaha ummi dirahmati & diberkati Allah..Semoga Allah permudahkan urusan penyusuan anak-anak Ummi, dan anak-anak Ummi membesar jadi mukmin solihin & muttaqin. Ameen Ya RAbb.
salam,
ReplyDeletenak tanya la. yg faheem minum ebm + fm tu camne ek? campur dalam 1 botol? boleh ke campurkan ebm + fm? *sorry soalan noob sbb ingatkan xboleh, tp nak kena try kat my son*
thanx
-syai
Waalaikumussalam..
DeleteSaya pun tak pasti sbnrnye boleh campur ke tak. Tapi tu je cara yg boleh sy buat utk bagi ebm kat faheem. Sebab makan pun die memilih sket skg ni. Klu bg ebm only, mmg die akn reject & membazir mcm tu je..huhu..Awk pnskan dulu ebm tu bg suhu lebih kurang sama dgn susu bancuh, then baru campur. Itu cara sy la. Kalau ade yg kate tak boleh, nak tau jugak ape kesan die kan? Kalau tak memudaratkan, pd sy takpe kot. Sy tawakal je. So far ok, Alhamdulillah..