Monday, July 22, 2013

July 19th.....10 Years Ago...


18th July 2003...night (can't remember the exact time)

We were busy packing. We = my immediate family. Wasn't married yet that time. Still a diploma student. We were packing for a family day vacation hosted by Mama's office at Cherating.

All excited since we haven't been to Cherating. Pilih-pilih baju. What to wear for what event.
.
.
.
.
Mama's mobile phone ringing. Kangah answered the phone. She couldn't here it clearly. She pass the phone to me..I answered the phone. Dialek Kelantan. Tapi tak berapa clear. Asking for ayah. I pass the phone to Ayah..
.
.
.
.
There was an accident. Tok Ayah. Tok Ayah was hit by a motorcycle. Orang yang call tu seems like waris ayah jugak. Ayah call the rest of his brothers. They were all in Kelantan. Semua pun tak tahu about the accident. Ayah Mad kate dia baru je balik dari rumah Tok Ayah lepas makan malam. They all pelik bila ayah call asking them about the accident sebab kami di KL. Kami blur. Siapa yang call? Is it really happening?
.
.
.
.
Then kami tunggu orang sane call balik for confirmation. Bila Ayah Mad call balik, confirming that Tok Ayah accident, kami cuak, berdebar-debar. Is it bad? How was Tok Ayah? How does it happen?

From time to time, we waited for update from them. Tok Ayah dibawa ke HUSM kalau tak silap aku. Ayah Mad, whom was a former doctor said that it was quite a serious injury. The chances to survive are very low. 

We continue packing. But this time, not for the family vacation. we're heading back to Kelantan. Forget about Cherating. Forget about all the excitement. Our heart wasn't there anymore. We were waiting for the final say.

Around 3 a.m in the morning, Ayah Mad called. Tok Ayah dah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnalillahirajiun. After Subuh prayer, kami terus pecut balik Kelantan. Mama drive non stop. Kalau berhenti pun untuk tunaikan tuntutan badan je..

We manage to reach there sebelum solat jenazah. Cium jenazah buat kali terakhir. Allahuakbar, berseri bercahaya muka Tok Ayah. Ramai yang datang untuk solatkan jenazah Tok Ayah. Penuh rumah sampai ke luar. Allahu Allah..

Saat jenazah dikebumikan, hujan renyai membasahi bumi. Redup. Masha Allah.
.
.
.
.
Sewaktu kejadian, Tok Ayah nak pergi tahlil. Masa nak lintas jalan, Tok Ayah dilanggar oleh sebuah motorsikal. Penunggangnya, waris Tok Ayah jugak yang nak pergi tahlil jugak tapi kat tempat yang lain. Tok Ayah terpelanting ke seberang jalan. Luka tak teruk, tapi pendarahan dalaman sebab darah keluar melalui telinga dan hidung. Mok masa tu ade dekat rumah, tak jauh dari tempat kejadian. Mok dengar bunyi kuat. Lepas tu ade orang datang bagitau Mok yang Tok Ayah kena langgar. Mok terus pergi.

Ramai yang tertanya-tanya macam mana kami tahu dulu. Arwah Tok Ayah tulis senarai no telefon anak-anak dan orang penting dekat kadbod or kelandar lama dan gantung dekat dengan telefon. Kalau tengok dalam list tu, nama ayah/mama tengah-tengah. Kenapa orang tu call ayah/mama. Orang yang call kami tu, orang yang inform Mok pasal accident. Lepas Mok keluar, die terus telefon siapa-siapa yang berkenaan. Katanya, dia try dail satu persatu ikut senarai nama tu, tapi tak berjawab, tak dapat dihubungi. Cuma kami je yang dapat. Hikmahnya, mungkin Allah beri kami peluang supaya kami bersedia, dan sempat jumpa arwah sebelum arwah dikebumikan...
.
.
.
10 years has passes by. I may not be so close to him as compared to our cousins. But I do miss him. Arwah Tok Ayah berperawakan redup dan tenang. Sangat bersahaja. Tapi sangat pentingkan agama..Aku ingat lagi, masa raya kat sane. Kami ni jarang sangat-sangat balik raya kat Kelantan. Boleh dibilang dengan jari berapa kali je balik raya kat Kelantan. Last time raya kat Kelantan sebelum arwah meninggal, masa aku form 3 or form 4 kot. Aku ni memang penggemar tegar Laksa Kelantan/Laksam..Bila kami balik raya tu, Tok Ayah kata nak masak Laksa Kelantan. Aku excited gila. Pergi pasar, laksa mentah dah habis. Dua tiga tempat jugak Tok Ayah cari. Takde. Pergi kilang laksa tu. Orang tu cakap, tak ambil order dah. Tok Ayah pujuk jugak. Orang kilang kata kalau nak jugak, boleh. Tapi lambat. Tengah malam baru siap. Tok Ayah tak kisah. Bayangkan, menunggu laksa tengah malam raya demi nak jamu anak cucu dari KL. **sobs..mate masuk habuk**

Arwah Tok Ayah kecik-kecik je orangnya. Macam Tok Guru Nik Aziz. Rupa pun lebih kurang. Cuma Tok Ayah gelap sikit.

Yusoff Bin Abdullah
Semoga rohnya tenang bersemadi. Semoga Tok Ayah ditempatkan bersama para solihin, dijauhkan dari azab kubur.
Al-Fatihah.






No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015