Friday, July 19, 2013

Petikan Tazkirah Ramadhan (2)


Setiap sesuatu perkara yang diturunkan oleh Allah, akan datang bersamanya 3 perkara:

Nikmat
Ujian
Bala

***
Contoh:
Hujan
Bila hujan awal pagi, nikmatnya tidur. Nyenyak. Lebih-lebih lagi untuk orang yang tak bekerja. Memang nikmat sungguh.
Bagi orang yang nak pergi kerja, ujian untuk dia. Jalan jammed, masuk kerja lambat. Ada jugak yang berkira-kira nak pergi kerja ke nak mintak MC. 
Bila hujan berpanjangan, tidak berhenti, jadi bala pula untuk sebahagian yang lain. Banjir.

{Ustaz Amir Muttakin / 2 Ramadhan 1434H}

***
Kisah saudara seIslam kita di Palestin, Syria..
Ujian besar untuk mereka.
Ujian juga untuk kita.
Apa tindakan kita?
Apa sumbangan/bantuan kita untuk mereka?
 Sejauh mana kita mengambil berat tentang Islam sejagat.
Tak mampu nak turun sendiri beri bantuan secara terus, kita usaha cara lain. Sebarkan kezaliman, keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam. Kempen boikot barangan penzalim-penzalim. Tak mampu juga, berdoalah untuk saudara kita. Semoga Allah merahmati mereka.
Kalau kita berdiam diri, tak ambil kisah, jangan sampai Allah turunkan bala baru kita tersedar. Nauzubillah.
***



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015