Jumaat, hari khusus untuk muslimat.
Bersiaran dengan Ustazah Nik Salida Suhaila (Tanyalah Ustazah TV9) dan Diana Amir.
Sesi yang banyak menyentuh jiwa, mengusik kalbu.
Perkongsian yang sangat tulus sampai teresak-esak semua menangis.
Tajuk tazkirah: Ramadhan Terakhir
Throughout the session, Ustazah sangat menekankan soal niat.
Andai ini Ramadhan terakhir kita, adakah kita berpuasa dengan niat yang sebenarnya?
Apa niat sebenar kita berpuasa?
Ada orang puasa sebab terpaksa, malu kalau tak puasa sebab orang lain puasa.
Ada yang puasa sebab ini bulan Ramadhan, bulan puasa, jadi puasalah.
Sebab apa sebenarnya kita puasa?
Perbetulkan niat kita.
Niat dalam hati, kita puasa sebab nak dapat redha Allah.
Kalau salah niat kita, kita cuma dapat lapar dan dahaga. Ganjaran disisi Allah, kosong.
Bukan sahaja puasa, malah setiap perbuatan kita, setiap saat, setiap waktu, apa saja yang kita buat, niatkan dalam hati, yang kita buat ni sebab nak dapat redha Allah.
Kalau tak dapat redha Allah, amalan kita, perbuatan kita, segalanya sia-sia. Tak ada nilai.
Satu kisah tentang seorang ulama/ahli ibadah.
Ulama ni telah beribadat selama 70 tahun tanpa henti. Siang malam beribadat. Berhenti cuma untuk tunaikan tuntutan badan.
Oleh kerana godaan wanita, ahli ibadah ni tewas, dia bersekedudukan dengan wanita tersebut selama 7 hari. 7 hari terbuai oleh perasaan dan nafsu, akhirnya dia tersedar akan dosa yang dilakukan.
Ahli ibadah ni menyesal dan nak bertaubat. Maka dia bermusafir, meninggalkan rumah yang menjadi tempat dia melakukan maksiat selama 7 hari, untuk mencari kekuatan jiwa.
Lalu ahli ibadah ni berhenti di sebuah rumah. Di dalamnya ada 12 orang fakir miskin. Dhaif. Makan mengharap derma jiran yang kaya. Tiba waktu makan, jiran fakir miskin akan memberikan 12 keping roti. Maka ahli ibadah turut sama beratur untuk ambil roti dan dia beratur paling hadapan sekali. Bila diagih-agihkan roti, seorang fakir miskin tak dapat bahagian/hak yang sepatutnya dia dapat sebab telah diambil oleh ahli ibadah tu. Bila tengok semua orang makan, kecuali seorang fakir miskin ni, ahli ibadah ni koyakkan roti separuh, bagi kepada si fakir tadi.
Ditakdirkan Allah, selepas 3 hari, ahli ibadah meninggal dunia.
Bila dihitung dosa dan amalan, ibadah selama 70 tahun yang ahli ibadah ni buat tak cukup untuk bayar balik dosa selama 7 hari. Nilai dosa lagi besar dari amalan 70 tahun.
Tapi bila Allah lihat, dihujung nyawanya, ada satu amal yang dilakukan dengan niat untuk dapat redha Allah, amal itu menyelamatkannya dari neraka, iaitu sedekah setengah roti.
MashaAllah..
Seorang isteri...apakah tugas hakiki seorang isteri?
Yang isteri dok buat setiap hari keluar bekerja, masak, kemas rumah, cuci pinggan...adakah itu tugas hakiki isteri?
Suami perlu memberi nafkah kepada isteri. Nafkah zahir, nafkah batin.
Yang zahirnya tempat tinggal, makanan dan pakaian.
Seperti mana suami memberi rumah untuk tinggal kepada isteri, seperti itu juga seharusnya suami memberi makan kepada isteri. Menyedia dan menghidang makanan untuk isteri.
Itu tugas hakiki suami.
Tugas hakiki isteri?
Layan suami, mengandung, melahirkan anak dan mendidik anak menjadi manusia.
Tugas yang sangat berat terutama dari segi emosi.
Tapi bila isteri buat tugas-tugas hakiki suami, Alhamdulillah, bonus buat isteri, dengan syarat, ikhlas dan niat untuk mendapat redha Allah, bukan sebab suami suruh, bukan sebab terpaksa sebab tak ada orang lain nak buat.
Bila isteri buat kerja-kerja suami, bermakna isteri sedang berjihad, bersedekah, mengumpul harta untuk akhirat.
Apabila ditanya kepada Saidatina Aisyah, bagaimanakah Rasulullah SAW itu sebagai suami, kata Saidatina Aisyah, Rasulullah SAW sebagai suami sentiasa dalam memberi khidmat kepada seluruh anggota keluarga.
Maknanya, Rasulullah sentiasa bersedia membantu setiap ahli keluarganya setiap masa.
Isteri bekerja..
Bayangkan kerja sehari 8 jam, gaji katakan RM3000. Kita pergi kerja, anak kita hantar dekat pengasuh. Kita gamble hantar dekat orang. Anak mati tersedak susu, kena dera, lemas, berbaloi tak gaji RM3000 yang kita dapat tiap hujung bulan tu?
Tapi kita terpaksa. Kos sara hidup tinggi, nak bantu suami, kita kerja. Tak salah.
Niatkan dalam hati, kita kerja untuk mencari redha Allah. Bukan gaji RM3000 tu yang kita cari, tapi redha Allah. Gaji terkumpul yang Allah akan bagi di akhirat nanti, untuk bayar semua dosa-dosa kita.
Andai ini Ramadhan terakhir kita, kita rasa tak rahmat kasih sayang Allah?
Kita rasa sayang tak dengan Ramadhan? Sayang nak tinggalkan Ramadhan?
Macam mana nak rasa Allah sayang kat kita?
Disebut dalam hadis, Allah ada seratus kasih sayang. Satu darinya dihantar ke dalam hati manusia untuk kita rasa kasih dan sayang kepada Allah, ibu bapa, makhluk etd. Lagi 99 Allah simpan di akhirat. Yang 99 ni lah Allah akan gunakan masa hari perhitungan untuk ampunkan dosa kita, kasihan kita masa kita merayu dengan Allah kelak.
Dalam Al-Quran juga disebut lebih 200 kali Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tapi kita tak rasa sebab kita tak baca Quran. Kalau baca pun kita tak rasa sebab kita tak nampak Allah.
Punyalah Allah kasih dan sayangkan kita, sebab tu Allah turunkan puasa.
Puasa adalah satu-satunya ibadah yang Allah tak cakap berapa pahala kita dapat. Non-measurable. Tak ada ukuran nilai.
Orang yang berpuasa, automatik dia dah dapat separuh daripada sabar. Means, orang yang puasa adalah orang yang sabar.
Allah berfirman, "Sesungguhnya orang yang sabar itu akan disempurnkan pahalanya dengan pahala yang tidak ternilai".
MasyaAllah..Tak ternilai ganjaran pahala yang Allah nak beri pada kita, kalau kita puasa dengan niat untuk mendapat redha Allah.
Dan pahala tu Allah sendiri bagi kepada kita. Puasa kita tu dinilai directly oleh Allah.
Kita rasa tak kasih sayang Allah?
Tambah lagi, untuk orang yang berpuasa tu, ada 2 kegembiraan yang menanti.
1) Kegembiraan untuk berbuka puasa.
2) Allah janji peluang bertemu, bersemuka dengan Allah di akhirat nanti.
MasyaAllah, nabi pun tidak semua dapat bertemu Allah. Tapi Allah janji barangsiapa yang berpuasa dapat bertemu dengan Allah. Betapa Allah kasih kan kita.
Jadi, jangan mengeluh lambatnya nak berbuka, letihnya puasa. Jangan merungut bila nak habis puasa, tak sabar nak raya.
Syukur kita dipanjangkan usia, Allah beri peluang untuk menempuh Ramadhan kali ni, beri peluang untuk kita rebut ganjaran-ganjaran yang Allah tawarkan di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sentiasalah meminta, memohon dan mengadu kepada Allah kerana kita ni milik Allah, setiap yang kita ada di dunia ni milik Allah. Allah lah pencipta sekalian alam. Bila kita sering mengadu pada Allah, kita akan rasa rahmat kasih sayang Allah.
Diriwayatkan dalam satu sesi usrah baginda Rasulullah SAW bersama para sahabat, sedang nabi memberi tazkirah, nabi menangis teresak-esak.
Tanya sahabat, "mengapa engkau menangis Ya Rasulullah..?".
Kata Rasulullah, "Aku terlalu rindu pada saudara-saudaraku"
Sahabat bertanya lagi, "Siapa saudaramu Ya Rasulullah? Tidakkah kami ini saudaramu?"
"Tidak!! Kamu bukan saudara ku. Kamu sahabatku." Balas Rasulullah.
Kecil hati para sahabat yang sama-sama berjuang dengan Rasulullah, susah senang bersama, cuma dianggap sahabat oleh Rasulullah. "Lalu siapakah saudaramu yang engkau rindui?".
Jawab nabi, "Mereka orang yang tak pernah bertemu dengan aku, bukan hidup di zaman aku, tak pernah melihat aku, tapi mengamalkan sunnah ku".
Dalam usrah yang sama, nabi bertanya satu teka-teki.
Siapakah di dalam dunia ini yang mempunyai iman ajaib?
Kata sahabat, Malaikat. Bukan, malaikat sentiasa bersama Allah, sudah tentu imannya hebat.
Para nabi dan rasul? Bukan juga sebab wahyu diturunkan melalui mereka, sudah tentu iman mereka kuat.
Orang yang mempunyai iman yang ajaib adalah orang yang tak pernah bertemu dengan aku, tak pernah melihat amalan ku tetapi mengamalkan sunnah ku.
Siapa yang Rasulullah panggil saudara? Siapa yang mempunyai iman yang ajaib?
KITA..
Kita yang beriman dengan nabi dan rasul meski kita tak pernah hidup sezaman dengan para nabi.
Subhanallah..
Jangan sia-siakan amalan kita. Jangan lupa untuk terus menghidupkan sunnah Rasulullah.
Niat untuk mendapat redha Allah, setiap saat, setiap ketika.
Mudah-mudahan kita beroleh rahmat dari Allah SWT.
{ Ustazah Nik Salida Suhaila / 10 Ramadhan 1434H }
T_T
ReplyDelete