Friday, July 26, 2013

Shopping Baju Raya


Mengikut jadual, sepatutnya tengahari ni ada tazkirah Ramadhan bersama Ustazah Norhafizah Musa. Sebetulnya ini lah sesi yang paling aku nantikan sebab nak jumpa Ustazah live. Selama ni dok tengok kat TV, dengar kat radio. Memang sangat adore Ustazah ni yang sangat keibuan.
Takdir Allah, Ustazah tak dapat memenuhi jemputan sebab dimasukkan ke wad kerana demam denggi. Semoga Ustazah cepat sembuh. 

So, what to do on Friday noon. Dah lah takde geng sebab makcik sorang ni cuti. Kat office pulak sejuk melampau macam freezer.

Text my zawj cakap nak pergi Sogo.
Menyogo lah aku seorang diri.
Ikutkan malas nak pergi sebab tau mesti ramai gila umat manusia. Selangor kan cuti hari ni. Pasti rajin datang menyerbu shopping complex. Haihhh...
Tapi disebabkan next Friday aku ade kursus, dan ini je Jumaat yang free, tabahkanlah jugak hati meredah lautan manusia di Sogo.
Seriously, memang ramai.
Yang lelaki pun sama ramai dengan perempuan..
Hmmm...musafir agaknya...Husnuzon..

Pusing punya pusing...
Baju anak-anak je beli pun..
Itupun jenuh.
Nak menyelit-nyelit di celahan manusia..
Nak beratur membayar lagi..
Sangat menguji kesabaran.
Tambah pulak bila yang beratur depan kita tu lelaki..
Ggrrrr...
(Time ni yang rindu saat-saat kerja kat midvalley..senang je nak shopping..huhu)

Settle dah baju anak-anak.
Baju melayu sepasang. Beli siap.
Jeans 2 helai setiap sorang.
Baju/shirt ade 6 pasang kot each.. Ade yang beli, ade yang orang bagi..
Alhamdulillah.
Selesai part anak.

Part umminye?
Setakat ni ada baju kurung ready made sedondon.
Abi dah ade baju melayu dengan shirts.
Hmmm...Ummi terjah carefour/AEON big je lah nanti cuci mata..
Yang penting anak-anak.
Ummi pakai baju re-cycle pun takpe.
Kalau Abi baca ni, memang confirm Abi cakap ummi takyah beli baju dah..hahaha..

Hah...nak beli baju kurung & baju melayu ready made satu hal jugak..
Plan asal nak tempah baju. Dah siap beli kain dah. Tinggal nak hantar tempah je.
Quite lambat jugak ikutkan. Tapi tailornye adalah adik ipar Kangah. Jadi, tak risaulah sangat. Dia cakap ok je. Cuma part baju melayu tu, dia hantar kat cikgu dia selalunya.
Malangnya, cikgu dia missing in action.
Call tak angkat, mesej tak balas, pergi rumah tak ade orang..
Hurrmmmm...

So, tukar plan B, beli ready made je.
Tema pun berubah sebab simpan kain untuk next year pulak..hohoho..
Nak decide colour, nak cari kain dan fesyen yang berkenan di hati, sedondon 4 beranak..
Haiihhhh...Pening kepala..
Alhamdulillah jumpa jugak.
Kami husband and wife sedondon kain polos.
Untuk anak-anak, takde saiz kecil pulak. Saiz paling kecil pun besar sikit kat Faheem.
Reject sebab nanti tak sama abang dengan adik.
At last jumpa la warna seakan sama dengan warna baju ummi dan abi, cuma sedikit gelap dan berjalur.
Cun dah tu..
Warna apa?
Tunggu entry khas raya lah pulak baru disclose..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015