Thursday, August 1, 2013

Buka Puasa


Hah..Tak pernah lagi cerita pasal buka puasa tahun ni..
Kami buka puasa biasa-biasa sahaja.
Itupun nak cerita jugak ke? huhu..

Walaupun rumah mama dekat, takdelah aku berbuka kat Ampang tu tetiap hari.
Seminggu sekali je.
The rest, berbuka dekat rumah sendiri la.
Weekend balik Gombak pulak..
Masak ape untuk berbuka?
Mane sempat aku masak. Sampai rumah dah pukul 6.30.. Setakat masak nasi, masak sayur sikit, sempatlah.
Lauk lain dan kuih-muih, pakai tunjuk-tunjuk je.
Selalunya 2 jenis lauk je pun. Sayur dan sumber protein macam ayam/daging/ikan.
Simple je untuk 2+0.5 orang..0.5 tu mewakili portion Faheem..hehe..
Cukuplah kan...Banyak-banyak kang membazir..
Kadang-kadang mama suruh tapau lauk yang mama dah masak..
Tapikan...
Hari selase baru ni kan aku cuti..
Inilah satu-satunya hari aku dapat buat SEMUA juadah berbuka SENDIRI..
Puas hati..
Temanya western...Siap tema lagi..hihihi..

Menu:
Grilled blackpepper lamb
Fried macaroni
Creamy mushroom soup
Potato + tomato salad
Air jagung

My zawj tanya nak beli kuih tak. I said nope. Banyak dah kot aku masak. Tak payah tambah kuih dah.
Alhamdulillah, walaupun ada yang first trial, tapi rasanya Alhamdulillah, boleh tahan. But still boleh improve lagi In shaa Allah..
Gambar takde. Memang tak snap gambar pun. Elok je siap masak beberapa minit sebelum azan.
 Tak sabar-sabar makanan semua nak terjun masuk dalam mulut. hihihi..

Kisah buka puasa hari Rabu pulak..
Kerja kan, lauk beli lah..
Sikit punya malas hari Rabu ni (semalam lah kan), semua pun tunjuk je. Dengan nasi pun tapau je.
Haihhhh..Ape nak jadi la ily oiii...
Eh..ade satu masak sendiri...Telur dadar..teehee..
Sedang asyik khusyuk makan, tiba-tiba..
.
.
.
Blackout la pulak.
Bukan blackout 505 ye..
Menjerit la Faheem dalam gelap..huhu~
Nak bagi feeling candle light dinner kot..
Takde la nak ber-candle light dengan anak-anak yang tengah aktif. Faqeeh pun dah ligat mencapai pinggan atas meja.
Syukur Alhamdulillah ade LED head lamp, investment my zawj mase sibuk memasang bendera..hehe..
Makan dalam gelap, solat dalam gelap.
Asalnya my zawj nak ke Penang malam tu. Outstation.
Tapi dah blackout, barang tak kemas lagi, die pun tak sedap hati nak tinggal rumah macam tu je.
At least tunggu ada elektrik balik kan.
Risau susu rosak dalam peti..huhu..
Sudahnya pagi jugak baru gerak ke Penang.
So hari ni dan esok berbuka tanpa suami di sisi :,,(
 

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015