I hope it's not too late to wish Salam Aidilfitri..
Taqabbalallahu minna waminkum..
Semoga setiap ibadah kita diterima Allah SWT..
Bulan Ramadhan, bulan mendidik sabar, melentur nafsu.
Semoga dengan berlalunya sesi Universiti Ramadhan, kita menjadi graduan yang terdidik sabarnya, terkawal nafsunya, tanda ibadah di terima Allah, tanda diri terkesan dengan ibadah-ibadah di bulan Ramadhan..
Semoga kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu Ramadhan yang mendatang, untuk merebut ribuan malah jutaan ganjaran dan nikmat yang Allah berikan di dalam bulan Ramadhan, yang tidak terdapat dalam mana-mana bulan yang lain. In shaa Allah.
Raya kali ni, giliran Ampang pulak.
Tema last minute family kecil aku adalah purple. Lebih kepada purple belacan. Sekali pandang macam grey pun ade...(Ramai wehhh tema purple tahun ni...)..
Tema asal yang dah plan awal-awal tapi tak dapat nak proceed, simpan sajoh untuk next year, kalau diizinkan Allah.
This is my Ampang's family..Without Kangah yang raya kat Sentul dulu..
Kebetulan, tema purple-black..
Ayah & Along pakai baju recycle..Ni baju masa kenduri kahwin aku dulu ni..huhu~
Adik & Mama berjubah hitam dipadankan dengan tudung purple.
Memang sengaja Adik cari tudung purple untuk match dengan tema aku..hehe~
Kopiah Faheem & Faqeeh hasil rembatan malam raya di Cheras Downtown..
Our small family with TokAyah & Maktok..
Shawl aku tu halfmoon double layer by Avilia beli dari adik Nas, Syafiqah. Puas hati sebab kain tak jarang dan labuh menutupi dada = syariah compliance. Dan senang nak pakai. Suka3...
The little love.
Tengok adik Faqeeh tersenyum riang tu. Gigih la Pokcik mengagah nak suruh adik Faqeeh senyum. Alhamdulillah, berhasil. Sangat cemerlang usaha Pokcik =))).
Abang Faheem pulak sokmo nak meloloskan diri. He don't want to be captured. Dia yang nak jadi photographer. Seawal Ummi bukak tripod, dia dah hulur kamera nak suruh letak kat tripod. Then dia dah ready duduk belakang kamera, suruh orang senyum..hehe~
Lepas snap satu gambar, mesti dia akan berlari ke kamera nak tengok gambar tu..
In the afternoon, aku balik kampung belah my zawj pulak.
Gombak..
Hehe...mujur kampung dekat, boleh berlari-lari..Tambah pulak MRR2 tak jammed, boleh guling-guling atas jalan raya..hehe..
Cuma jammed sikit dekat lemang pak ali..
Tahun ni, the rest of my zawj's siblings semua raya kat Gombak dulu.
So, dapatlah bergambar ramai-ramai.
Ni the-not-so-complete family photo sebab budak-budak ada yang tido.
They all dah buat sesi bergambar lepas solat sunat aidilfitri.
Our family je yang takde.
Bila kami sampai, kami paksa orang lain ambil gambar lagi sekali.
Ayoh pun dah bertukar costume. Pagi pakai baju melayu, petang pakai jubah. Ma pun sama.
Adik Faqeeh tengah tidur, aku angkut jugak nak masuk dalam gambar..hehe..
Faheem pulak seronok first time buat 'peace' menjadi..
Sokmo la dia jerit peace sambil angkat tangan tinggi buat peace sign.
Our small family with TokAyoh & TokMa..
Lena sungguh Faqeeh tidur..
Yang ni my zawj & his siblings. Complete. Ramai hero. Satu je heroin.
Sampai ke level cucus TokAyoh pun ramai hero berbanding heroin..huhu~
Ni pulak the girls in the family. Girls hokeh!!
Back benchers adalah menantu-menantuku gangster..Except for yang rightmost, tudung purple tu.
That's the eldest cucu, Qistina.
Yang ni aku cilok dari FB kak ita, my biras. For sure korang boleh spot which one is kak ita..hehe..
Gambar dengan Kangah takde?
Ade...
Raya ketiga, Makteh buat open house. So, we use that opportunity ambil another family photo, the complete set. Memang tiap tahun pun, macam tu lah kalau nak ambil gambar complete ada semua sebab giliran raya tak sama kan..huhu~
My siblings..
Dari form 4 aku kenal ko Li... Ni baru aku tau muka abg ko..haha
ReplyDelete