Wednesday, September 18, 2013

Samun Berparang


Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah..

Tengahari semalam kami dikejutkan dengan berita adik ipar disamun di hadapan rumah.
Difahamkan adik ipar baru balik dari bank, suspek mengekori dari bank sampai ke rumah.
Suspek terdiri daripada 3 orang lelaki dipercayai Indonesia, bersenjatakan parang panjang bertindak mengepung di bahagian kiri dan kanan kereta dan seterusnya memecahkan cermin kereta dengan parang tersebut.


Suspek berjaya melarikan wang tunai Rm5k dan laptop.
Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan.

Suspek menaiki kereta Persona, plat no WTX 6454, warna silver.

Ya Allah, lindungilah kami dari kejahatan manusia zalim, musibah dan bala bencana..Peliharalah kesejahteraan kami Ya Allah. Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah Ya Allah.

1 comment:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015