Monday, November 25, 2013

Family Trip: Kota Kinabalu ~ #11 Tagal Sg. Morolli Kg. Luanti


Kat sini boleh buat fish massage..
Kalau selalu kau tengok fish spa, fish massage kat tengah bandar tu ikan halus-halus, keding-keding macam ikan bilis je..Gigit pun tak rasa apa..
Kat sini, seram hoiii tengok ikan dia..Macam nak membaham kaki kita je..

Ni entrance nak turun ke sungai. Kaunter beli tiket ada dekat pintu masuk, sebelum kau jumpa tempat ni. Jauh sikit la..

Entrance fee Rm5.00 per pax kalau tak silap.
Tempoh masa 15 minit.
Katanya boleh untuk mandi sekali, tapi tak tau berapa dia charge.

Sesi merendam kaki..Faheem pun join sekaki..

 Ma nhan Ayoh rilek je..Kau tengok saiz ikan dia. Besarrr hoii...Ikan kelah khabarnya..
Ikan ni dah dijinakkan. Tapi aku tengok tiba-tiba terselit seekor dua ikan keli...Besar wehhh...Kalau kecik gagah lagi..Ni kepala keli je dah sebesar kaki...

 Jinak-jinak pun, sekali dia ngap, boleh tahan juga rasanya.....

 Tapi aku tak rasa...Bahahahahaha..
My zawj yng cakap..
Aku?? Kau nampak tu...Sekadar berdiri di pinggir-pinggir..

  Faheem jugak yang chillax.. 
  
Faqeeh duduk dengan maklong ye..

Subhanallah...Cantikkan???
Air jernih, ikan super gemok, super banyak..

 Dia ni excited tengok ikan, tapi takut-takut jugak..

My zawj puas paksa, pujuk aku..Haha..Dia cakap tak sakit, geli-geli je.
Pastu bila aku konon nak join, tiba-tiba dia jerit cakap sakit kena gigit. Sakit sikit je dia cakap.

Tu dia ikan berkerumun cari habuan...

 Supercool boy with supercool dad...

 Abang adam yang sempoi sangat..

 Peace lagi skali untuk Ummi..
  
Dah ni kenapa muka tak puas hati ni???
   

A traffic of fish...Coolness...MashaAllah...



Selesai sesi 15 minit. Naik. Basuh kaki.
Pastu budak-budak nak panjat jambatan gantung pulak.

Aku memang ngeri weh..Serius cakap, GAYATTTT...
Kalau Jambatan Tamparuli yang well structured tu pun aku takut, yang design pakai cekau je ni? Lagi lah aku seramm..

 Kau tengoklah jambatan dia. Pakai dawai pagar tu je keliling dia..Pastu in between paip besi tu, dawai tu dah berlekuk-lekuk ke dalam. Tengok kat part yang my zawj tengah duduk tu, bawah tu dah berlubang ye..Aku dok risau kaki Faheem terjerlus masuk situ..Memang takde safety lansung..
Terus jerit kat anak-anak buah, jangan pergi jauh. Dierang riang ria berlari atas tu..Aku seriau weh..

Kelat dah muka aku suruh my zawj turun. Panggil budak-budak sekali..Hahahaha..Penakut giler..
Turun tu aku tengok kat bawah tu dia tulis limit 10 orang sekali naik.
Dah kalau dah loncat-loncat atas tu, dalam otak aku ingat kes jambatan gantung yang runtuh kat Perak tu je..
Aisehhh..

Tapi overall, tempat ni memang best. Walaupun aku tak rendam kaki, tapi seronok weh tengok school of fish yang jinak gila dan gemok-gemok.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015