Wednesday, November 27, 2013

Family Trip: Kota Kinabalu ~ #13 Island Hopping - Pulau Mamutik & Seawalking


Sementara tunggu semua bersiap nak pergi island hopping.
This is one of the apartment kat University Condo Apartment (UCA). Kami ambil 2 buah sebab dah bertambah satu lagi family.

Kat Jesselton point. Yang lelaki dok kecek beli tiket. Geng-geng ibu sibuk jaga barang, jaga anak. Bukan main seronok budak-budak ni berlari berkejaran. 


Ambil pakej 3 pulau. Mamutik, Manukan dan Sapi..

At the jetty..Satu group dah selamat naik bot. We were waiting for another one. Aku si ummi paranoid, tak boleh lepas Faheem. Paranoid kalau anak terjatuh dalam air ke ape sebab dia asyik la pergi ke tepi tu..dududu..Ummi memang selalu over bab-bab macam ni..ngeh..


 Faheem tengah mixed feeling lagi. Mamai-mamai, cuak, excited. Semua ada kot. 

Layan makan karipap sambil layan deru angin laut dan hentakan-hentakan tatkala bot membelah ombak. 

Qistina

 Can you spot mana Faqeeh?

 Dah kembang semacam rambut Faheem tu..Faqeeh dah nyenyak tidur. Dah jumpa ke mana Faqeeh?
Dalam carrier, dalam life vest. Naik bot terus mintak nenen. Terpaksalah sarung life vest dengan awak tergantung kat dalam tu..Lena pulak dia tidur lepas tu..

 Syahmie 

Abe

Hero filem Titanic..Punya bersungguh dia nak pergi berdiri kat depan. Tak tahu agaknya isteri dia ni hati butter. Punyalah risau..Dia steady je. Mujur tak depang tangan macam dalam filem Titanic..Dah heroin taknak join kan...mih..mih..mih..
  

 Approaching Mamutik Island.. 

 Jeti Pulau Mamutik.

Sampai-sampai, cari port, isi perut. Laparrrrr...Makan bersuap tau..bahaha..Feeling-feeling makan beradap masa wedding kannnn..


  Orang lain dah siap-siap pakai uniform mandi. Faheem dok sarung baju tidur lagi..Pastu nak marah budak-budak ni main pasir, datang sini memang nak suruh blend with nature. Kasi can lah main pasir..


 Kalau dia dah sibuk, kau suruh lah dia pandang kamera ke hape, memang tak di layan..Tapi tangan sempat buat peace jugak..





 Paklong @ Abang aris with Syaqeer 


Main sorang-sorang. Bukan dia peduli dah dengan benda lain kalau dah dok layan main pasir.
    

Motif letak gambar kaki?? 

Awat la muka aku lagu tu??

Faqeeh duduk dengan Tokma, Ummi nak layan abang nak bermandi-manda jap.

Pokok ape tah tu yang ada buah kecik-kecik macam berduri..Faheem cakap durian..Ok, make sense..Mini durian..
  
Subhanallah..Cantik dan jernih sungguh air dia..Officially rendam Faqeeh dalam air laut. Blending with nature kann..Faheem dulu 6 bulan dah mandi laut.
  


 A super happy boy

Seawalking

Masa decide siapa nak seawalking, aku ala-ala nak tapi macam banyak benda aku fikir. Tapi rasanya dah bayar siap-siap masa dekat kaunter kat Jesselton Point tu. Jadi rugi kalau tak buat. My zawj tanya, nak buat ke? Kalau nak, tukar dengan dia lah. Aku dok fikir anak-anak. Kang Faqeeh nak menyusu ke apa. Padahal baru je lepas breastfeed Faqeeh. Paranoid tau tak. Last-last nekad la nak try. Risau sebab tak reti berenang pun ye jugak..hahaha..My zawj cakap pergi jelah. Dia jaga anak-anak.. Biras aku, Kak Ita happy bila tau ada geng. Hehe. 

Posing sebelum naik bot for seawalking.

Mak buah dan anak buah.

Handing over the job..Sebelum ni dia dok snorkel, aku melayan budak-budak..Sebab aku jugak yang taknak snorkel..hihi..

So naik bot dari Pulau Mamutik tu ke tempat seawalking. Aku puas dok fikir macam-macam. Rupanya dia ada satu bot besar sikit kat tengah laut tu. Kat situ lah stesen dia.

 Gambar-gambar ni semua dari staff dia. Kami sampai dierang terus snap gambar.

The arrival

 Bergambar sebelum terjun dalam laut.



Nak berjalan dalam laut, kena pakai topi angkasawan ni. Berat hoiii..

Camno nak turun??

Macam-macam soalan aku weh sebelum masuk dalam laut tu.
Dalam ke tak? Ada orang kat bawah tak? Kalau tak pandai berenang takpe ke?
Jangan cuak kak..Rilek je..Adesss..

Bila nak turun tu, dia suh duduk kat tepi bot tu. Kat topi angkasawan no.5 dalam gambar kat atas. Pastu ada tangga. Sorang jaga kat tepi tu, sorang dah masuk dalam laut, sorang standby atas bot. Turun tangga tu sampai anak tangga hujung sekali. Tangga macam kat swimming pool tu..Kau menghadap bot lah kiranya kan. Pastu pegang besi tangga yang kau selesa nak pegang. Orang yang kat atas bot standby topi nak sarung kat kepala kau. Bial dah ready nak sarung, dia suruh lepaskan tangan, dia tarik kau ke bawah sambil serkup topi tu supaya ada ruang udara trapped kat dalam tu. Pastu dia bawak kau sampai jumpa tali. Nanti jalan ikut tali tu sampai kau jumpa geng kau  yang dah turun dulu.Sambil jalan tu, make sure pegang besi kat belah depan topi tu kuat-kuat. Sebelah tangan lagi pegang tali. Bila dah dalam air, tak rasa la keberatan topi tu. Bouyancy kan..Bising gila bunyi gas oksigen. masuk dalam topi tu. Berdengung-dengung telinga.


Sepanjang kat bawah tu, perasaan aku macam-macam. Perasaan bila dalam tempat yang kau tak tau apa kat depan kau. Kelam...Samar..

Dalam hati aku ada takjub ada takut.
Macam-macam possibility bermain kat benak aku ni. Kalau jadi apa-apa? Kalau oksigen aku ni rosak?
Negativity. Memang masa tu sepenuh pengharapan hanya pada Allah..
Bila ikan berenang-renang depan mata kau, Allahuakbar..Bertasbih je aku kat bawah tu..
Subhanallah...
Cantik...Cuma air tak cukup jernih. Keruh sikit..

Kat bawah tu pun, crew dia akan ambil gambar dan video.

Keruh kan?? Tak nampak muka..

Ni abang ipar aku..Tengok gambar ni aku bengkek sikit. Sebab gambar aku yang pegang terumbu dengan nemo ni takde. Frust..

Naik je ke surface, nanti dia bagi CD sorang satu. Frust gila bila tengok separuh gambar tak boleh view..Bertambah frust sebab termasuk gambar aku sekali..Tau pun bila dah sampai KL ni kan...Redha je lah..


Ada satu video. Gambar kat bawah ni aku printscreen dari video je.


Pastu dapat sijil jugak..Gambar sijil takde.Mane tah aku letak..


Merasalah aku jadi angkasawan dalam air..

^_____^

***
Aku tengok orang buat seawalking kat Pulau Manukan & Pulau Sapi lagi cantikkk..Air lagi jernih. Especially kat Pulau Sapi...wuwuwu...Takpe, next time, kalau ada rezeki jejak KK lagi, nak wat seawalking kat Pulau Sapi pulak...hihi..

3 comments:

  1. Seronok nyer dapat masuk dlm air tengok ikan macam tu......aty dulu kat pulau perhentian...tp takde pakai helmet camtu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuakk..tapi besttt...rase nak buat lagi..hihi...kite x sampai lagi kat perhentian..huhu...

      Delete
  2. akak, berapa harga buat seawalk tu??

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015