Friday, December 6, 2013

Formula Melahirkan Generasi Ummatik


Melihatkan keperibadian arwah adik Ammar, ramai yang bertanya bagaimana Ammar dibesarkan sehingga menjadi insan yang sangat mulia akhlaknya dan berkeperibadian tinggi.

Nah! formula yang dikongsi oleh ayahandanya..

Aku kira, melihat keperibadian ummi dan ayah Ammar dan semangat dakwah yang ada pada ayah Ammar, tidak hairan Ammar menjadi sedemikian rupa, dengan izin Allah pastinya.

Dan aku kira, formula apa sekalipun, pokok pangkalnya datang dari kita. Kalau kita sebagai ibu bapa tidak mencerminkan nilai keperibadian Islam dalam kehidupan seharian, mana mungkin kita mengharapkan anak kita secara co-incident menjadi seorang yang sangat terpuji akhlaknya. Kita lah penggerak generasi ummatik yang sewajarnya mentarbiyah diri kita, berhijrah, memperbaiki segala kelemahan, memperhalusi aqidah kita selari dengan nilai-nilai murni anjuran Islam. Sesudah itu, baru kita mampu mendidik dan melahirkan generasi ummatik. 
Wallahua'lam

1 comment:

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015