Monday, December 9, 2013

Fun Weekend Activities With My Heroes: DIY Shapes Puzzle


Irregular weekend for us.
Sunday, Abi had some mission to do..
Ummi and the heroes duduk rumah diam-diam.

Diam-diam???
Hahaha..Suara Faheem dengan Faqeeh je bergema satu taman kot..
Ditinggalkan seawal pagi, puas ummi fikir nak buat aktiviti apa dengan anak-anak?
A friend suggested main masak-masak.
But Faqeeh kecil lagi, a bit hard for me to handle them both kat dapur. Kalau tinggal Faqeeh kat depan pun tak boleh. Nanti dia merayu-rayu kat pagar suruh kita angkat dia. huhu...

Hmm...Kita settlekan kerja rumah dulu..
Basuh baju, sidai baju, lipat baju..
Sambil ummi sidai baju, Faheem tolong sapu sampah.

Adik Faqeeh?
Mana boleh tinggal..Melekat je dengan ummi..
Ni cubaan meninjau mencari abang..

Sambil sidai baju, sambil kendong adik Faqeeh...
Bila ummi sidai baju, adik Faqeeh pun terdongak-dongak pandang baju bergantungan..
Alhamdulillah, sangat berbaloi beli Boba carrier ni. Memang fully utilize. Takdelah rasa ralat spend some amount of money on it.

Bila dah settle house chores including lunch, blur dah..Nak buat apa ni???
Susukan anak-anak, they fall asleep, ummi tertidur sama..huhu~
Bila bangun, teringat nak buat something.
Adik Faqeeh pulak bangun..Takpe, adik teman ummi ye..

Cari-cari bahan yang ada dalam rumah..
Kadbod, colour pencils, multiple shapes, cutter..
Tu tangan dan bayang si kecik tu kat meja, bukti dia teman ummi..

Trace the shapes and cut it out..

Bila abang dah bangun, ajak abang join..So abang take part coloring the shapes...Ada part tu, dia conteng sikit, lepas tu give up..Ummi tolong warnakan sikit..
"Cantiklah ummi warna..."
"Faheem warna pun cantik...Kita warna yang ni pulak.." Hand him another shape.
Faheem peluk tubuh, jeling ummi...
"Ummi buat lah..Faheem tak pandai..."
"Ya Allah..Siapa cakap Faheem tak pandai? Anak ummi ni pandai sangat..Alhamdulillah.."
"Issshhh...tak pandailah..."
"Faheem...Faheem clever boy kan..Ummi tau Faheem pandai color..Meh sini buat color yang ni. Jangan give up. Usaha dulu...."
Faheem capai magic color..
"Ummi cakap jangan apa bang?"
"Jangan giiiiibab..."
"Good boy. Usaha tau..Jangan give up.."
"U-ce-e..."
Then he start coloring back..
T__T'

Adik pemerhati dan penghibur yang sesekali bikin abang panas. hahahaha..Terus dapat satu line coklat kat dahi terkena pen abang..Khusyuk sangat terrr..

Bila dah selesai warna, letak balik shapes kat tempat dia..

Hasil tangan dan u-ce-e abang Faheem yang tak cepat giiibab..

Dah siap semua shape, ummi tpuch-up sket bagi naik seri kononnye..Then, naming the shapes..
Boleh main macam jigsaw puzzle tu..

Or match the block shape atas dia..
Or guna block shape tu masukkan dalam lubang bentuk tu..

Enjoying his shapes puzzle..
Alhamdulillah, dia dah kenal most of the shapes.
Aku tanya mama, did she taught Faheem those shapes? Sebab aku tahu aku jarang cakap pasal shapes dengan Faheem. Yang selalu dia sebut pun STAR...Itupun dia panggil STARFISH..hihi..
Mama cakap takdelah. Just masa Faheem main his turtle yang ada five shapes kat cengkerang tu, everytime die tekan those shapes, mama cakaplah itu bentuk apa.
Alhamdulillah he manage to recognise them.
Cuma dia keliru rectangle (sebab dekat nak sama dengan triangle kan sebutannye), pentagon and plus sebab baru belajar..
It's ok..Ummi nak awak have fun je.


Adik Faqeeh as usual, pemerhati bebas...

Idea nak buat shapes puzzle ni aku dapat dari this brilliant mom. Thanx sis for such a great idea. 
What a fun activities..The kids love it. Ummi tentula happy tengok anak-anak happy. Alhamdulillah..Subhanallah..We really had a blast..Rumah tunggang langgang tak payah cakap lah kan..hahaha..Yang penting, we enjoy it..

1 comment:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015