Tuesday, December 10, 2013

Sanah Helwah Adik Faqeeh & Usia Sebenar Mengikut Tahun Hijriah


Aku senang sangat nak ingat tarikh lahir Faheem mengikut kalendar Hijriah.
27 Rejab..Hari Isra' Mikraj..
Sangat signifikan kan?

Tapi tarikh lahir aku? My zawj? Adik Faqeeh?
Susahnye nak ingat..
In fact aku dok fikir tarikh lahir Faqeeh 5 Safar..dan aku dah terlepas tarikh tu..
Bila check balik, rupanya 7 Safar..Dah terpost pun belated wish kat facebook..Pastu edit balik
Haha..

Rupanya Ummi tak terlewat lagi nak wish adik Faqeeh.

7 Safar 1435H
Sanah Helwah Muhammad Faqeeh.
Genap sudah umur adik Faqeeh setahun hijriah.
Semoga jadi anak/mukmin solihin, muttaqin, mujahidin..Semoga jadi insan yang bermanfaat pada agama dan sentiasa di dalam Mardhotillah..


Ummi saaaaaayang adik Faqeeh.

Macam mana aku tahu aku salah tarikh?
Aku cek dekat sini.

Huhu..

Lepas tu aku cek jugak sekali tarikh lahir aku & my zawj..
Birthday aku mengikut tahun Hijriah adalah 6 Rabiul Awal 1405H.
My zawj 27 Jamadil Akhir 1404H..
Jadi umur aku mengikut tahun Hijriah adalah 30 tahun, while my zawj 31 tahun.
Tak sebaya kami rupenye..Hehe~

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015