Monday, December 23, 2013

Lagi Kisah Syurga



Been telling Faheem about Syurga dan Neraka..Good people goes to heaven and bad people goes to hell..

"Faheem nak masuk neraka tak?"

"Taknak masuk neraka. Nak masuk syurga je...Nak masuk syurga dengan abi...dengan ummi...dengan adik Faqeeh..."

Suatu pagi , nak hantar ke rumah Maktok,Abi tanya Faheem...

"Kita nak pergi mana ni?"


"Nak pergi syurga.."

"Bukanlah. Kita nak pergi rumah Maktok.."

"Buuukan..Nak pergi syurgalah.."

"Nak pergi rumah Maktok lah Faheem.."

"Taknak pergi rumah Maktok. Nak pergi syurga je..."

Bila dah sampai rumah Maktok, Abi & ummi nak salam nak pergi kerja, Faheem nanges2..

"Nak pergi syurga.."

"Boleh. Kena buat baik, jadi anak soleh..Nanti insyaAllah masuk syurga..Ummi nak pergi work dulu..Meh salam ummi.."

"Taknak salam..nak pergi syurga..."
.

.

.

Hehhh..speechless..

.

.

Bukan sekali dua dia menangis macam tu..

Hari tu nak balik rumah, sama jugak...

Dalam kereta dok cakap "Kita nak pergi syurga kan ummi.."

"Kita nak balik rumah...rumah Faheem..rumah Abi..."

"Buukan...kita nak pergi syurga..."

"Iye...rumah Faheem, syurga Faheem lah...Baiti jannati..."

Bila dah masuk lorong rumah, he recognises..Terus dia menangis...

"Taknak balik rumahhhh...Nak pergi syurga je..."

Puaslah aku explain kat dia...

"Faheem...semua orang nak pergi syurga...Tapi Faheem tak nampak syurga sekarang...Syurga tu jauuuuhh..Allah ja tau...Syurga tu cannnntikkkk...Kalau Faheem nak pergi syurga, Faheem kena jadi orang soleh, taat perintah Allah, jaga solat, buat baik dengan semua orang..InsyaAllah, nanti Faheem dapat masuk syurga..."

Nangis jugak lagi...

"Rumah ni syurga lah...Syurga kat dunia...Rumahku syurgaku..."

Mula-mula dia takleh terima konsep tu..

One fine day, bila aku tanya...

"Kita kat mana ni Faheem?"

"Rumah syurga lah..."

^____^

I do hope I have better ways to explain to him about syurga, neraka and those ghaib things..
Paling penting, I hope that I would find a brilliant way to explain to him about Allah & Rasulullah saw and to instill his belief in Allah...
InsyaAllah...semoga Allah permudahkan..


No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015