Tuesday, December 24, 2013

1 Tahun Penuh Hikmah


21 Disember 2013
Genap Usia Muhammad Faqeeh 1 tahun Masihi.
Alhamdulillah..
Dah wish happy birthday/sanah helwah kat adik Faqeeh masa setahun Hijriah, 7 Safar 1435H..

Birthday party?
Takdenye pun..
Aku memang suka tengok orang buat birthday celebration, deco-deco..Especially yang DIY..kagum woooh tengok kegigihan & creativity mommies sambut birthday anak-anak ..
But for us, we have decided to not have one..
Tak kisahlah orang nak kata kesian kat anak ke ape, ummi & abi pun membesar without such grand celebration..But Alhamdulillah, we have nothing to regret..
But that doesn't mean we don't celebrate at all. Sekadar yang perlu kata Abi..

So, on 21st tu, kami balik Gombak. Actually memang takde plan apa-apa pun. Sampai Gombak dah pukul 6 lebih. Aku bisik kat Syahmie, my eldest nephew.."Hari ni birthday Faqeeh..1 tahun.."
"Birthday Faqeeh ke? Mana kek?"
Hahahahaha..birthday kena ada kek ye? hihi...Still then, Syahmie pergi dekat Faqeeh and wish him happy birthday..Although Faqeeh seems to not understand yet, tapi die gelak seronok bila abang Syahmie bisik kat telinga dia. Geli kot..hihi..

Bila Syahmie dah tanya tu, kami pun pakat pergi kedai beli kek..Dan Whatsapp the rest family member datang makan kek after Isyak..Memang late notice..huhu..
Kebetulan hari tu Pakngoh, abang ayoh, ade sekali..Jadi my zawj mintak tolong Pakngoh lead doa selamat & baca doa sikit. Selalunya that will be ayoh's task..hihi..

Kek chocolate indulgence bukan dari secret recipe...

Abang Faheem yang super excited nak potong kek..Puas dialihkan kek, berpusing keliling meja dia mencari port yang terhampir dengan kek. Pisau tu memang tak lepas dah dari tangan dia. Beberapa cubaan mencederakan kek, tapi asbab topping coklat yang sedikit keras sebab baru keluar peti, tak berjaya mencacatkan kek..hihi...

Then semalam, balik kerja my zawj tanya nak beli kek untuk belah Ampang pulak tak?
To be fair, we bought one untuk Ampang jugak. Ingat nak beli kat kedai kek biasa je. Tapi dah nak Maghrib and tak tau kat mana kedai kek yang tidak diragui ke-halal-an nya, jadi Secret Recipe sajoh...
Cuba lari dari kebiasaan, aku beli Tiramisu cake. Asyik choc cake je selama ni kan...hahahaha..Dah suruh si penggemar tegar coklat yang beli, memang takde perisa lain lah..

Seperti sebelumnya, Abang Faheem jugak yang conquer cake..Adik redha saje..


Satu Tahun Adik Faqeeh
MasyaAllah Tabarakallah..

Alhamdulillah...Dah berjalan laju mengekor abang keliling rumah. 
Dah pandai defend permainan dari dirampas abang..Laju dia lari bawak permainan sambil gelak-gelak, elak dari abang..Abang pun tewas..hihi..
In fact at times, dia yang rampas dari abang..
Tapi most of the time, dia perhatikan je abang main, bila abang leka or abang beralih angin ke permainan lain, baru adik capai apa yang abang main sebelumnya..
Masih lagi setia membontoti abang.

Makan? Sangat kuat makan. Pantang nampak orang bawak pinggan/mangkuk/cawan, laju je dia datang buat muka mengharap belas ihsan..."Nnnak...nnnakk.." Sambil jari telunjuk tunjuk makanan. Kalau kita buat tak kisah, terus lah dia menjerit lalu melembikkan badan..Drama sungguh tau..
Alhamdulillah masih lagi menyusu badan. 

Percakapan? Mulut boleh tahan bising. Suara boleh tahan nyaring. Memang selalu test pitching berdua dengan abang. Kita suruh abang slow down, adik menjerit nyaring. Abang lawan balik..Beradu suara lah kalian. Dan dah boleh ajuk perkataan sikit-sikit..Sebutan tak jelas, tapi kau boleh tangkap lah apa dia cakap. Sesekali dengar dia panggil ummi, which disusuli dengan tangisan merengek dan dia pun meleser-leser manja dekat ummi tanda nak nenen..hahaha..Yang tu memang obvious. Panggil ummi time nak susu je..

Subhanallah..Syukur Alhamdulillah....

Satu Tahun Penyusuan
Faqeeh satu tahun, marks 1 year of our breastfeeding journey.
MasyaAllah...Tak terucap apa yang aku rasa sekarang..
Alhamdulillah Ya Allah..

My breastfeeding journey dengan Faheem berakhir sebelum sempat Faheem cukup 1 tahun. Zero EBM and no direct feed anymore. 
Masa tu memang aku sedikit sedih. Astaghfirullahal'azim..Terasa berdosa pulak sebab seolah tak redha dengan ketentuan Allah saat itu. Walhal aku tahu punca yang menyebabkan susu merudum. Yakni, Allah gantikan susu dengan kehadiran adik Faqeeh.
Astaghfirullahal'azim..Ampuni dosa hambaMu ini Ya Allah..

Diizinkan Allah untuk kembali menyusukan Faqeeh sehingga kini, Allahuakbar...Sebak pulak aku rasa.
Sebab keadaan yang jauh sangat berbeza. Hanya kesyukuran yang mampu aku panjatkan.
Alhamdulillah, stok EBM adik Faqeeh pun masih tersusun rapi. Stok terkumpul semasa menghampiri 1300oz. MasyaAllah..Alhamdulillah..
Aku taklah aim tinggi sangat untuk stok terkumpul tu sebab aku sedar aku ade space constraint. Ini pun aku dah hijack peti kat Ampang dan deep freezer kat Gombak untuk simpan stok..Bersepah-sepah cawangan..huhu~

Skala production saat ini berada pada tahap mendatar setelah melalui fasa penurunan drastik dan sedikit lonjakan untuk berada pada tahap selamat.
Boleh buat ayat skema macam analisis stok saham pulak???
Those early days, aku dapat bawak balik between 20-23 oz per day. Then entah bulan keberapa tah, turun menjadi 16-18 oz..Tapi aku tak risau sangat sebab stok terkumpul masih banyak dan Faqeeh pun consume tak banyak. Even kalau dapat 16 oz tu, masih ada baki 1-2 oz ditolak ke stok terkumpul. Alhamdulillah.
Satu masa ni, production memang tibe-tibe drop. Nak dapat 10oz pun sipi-sipi je. Untuk cover balik consumption, aku gigih buat tandem pumping balik after office hour. Dengan Faqeeh ni aku jarang tandem pumping sebab dia kuat menyusu direct..These few weeks Alhamdulillah, production per day around 14-16oz, pada tahap selamat sebab amount lebih kurang consumption per day. Jadi aku tak risau penyusutan stok.
Mudah-mudahan journey ni berterusan sampai cukup masanya, InsyaAllah..

Satu Tahun 'Renewed'
Satu tahun kelahiran Faqeeh jugak, simbolik satu tahun aku nekad memahat niat melakukan pembaharuan diri. Renewing myself. Pembaharuan yang sangat kecil tapi sangat signifikan kesannya dalam hidup aku.
Ini pun buat aku sebak.
T___T
Aku gunakan tempoh berpantang sebagai batu loncatan untuk aku istiqamah ber-stokin & ber-handsock..
Dah alang-alang ber-stokin sepanjang berpantang, kenapa tidak diteruskan??

Di awal perkahwinan, my zawj pernah tanya kenapa aku tak pakai stokin. Masa tu aku pakai kasut sarung bertutup. Tapi tak berapa nak tutup pun. Tutup bahagian jari je...Borak-borak macam biasa, tiba-tiba my zawj tanya, steady je macam tanya soalan quiz "Aurat perempuan dari mana sampai mana?"..Dia memang suka bagi soalan pop kuiz kat aku...Dengan confident aku jawab, "Kecuali muka dan tapak tangan.." Yakin sangat dah tu, confirm score kalau jawab exam..Aku lupa....Lupa yang my zawj tanya sebelum borak-borak tu, takde dalam jawapan 'kecuali' aku tu...

One fine day, bila hati aku berkata-kata sendiri, bila hati aku mula menanam niat, aku teringat balik conversation aku dengan my zawj, serta jawapan tak bersalah aku tu..Ya Allah..Astaghfirullahal'azim..
Tapi sepanjang aku bernekad, aku tak cakap pun dengan my zawj..Sampailah hari aku masuk kerja after 3 months of maternity leave. Aku pakai stokin, sarung sandal makcik-makcik aku yang dah lusuh, pergi kerja. 
Sampai office text my zawj informing him dah sampai office. Masa tu jugak baru aku mesej dia cakap aku mintak maaf sebab I took such a long time untuk perbetulkan kesilapan aku dan biar dia tanggung dosa aku..T__T..
He replied, "Terima kasih syg, sebab nak berubah jadi muslimah"...fuhh..fuhh..banyak habuk kat sini..abes masuk mata...fuhhh..

Dan tentunya, bila aku nekad nak tambah dua lagi item dalam pakaian harian aku, item lain yang sedia ada, banyak nak kena revamp. Baju yang pendek tak menutup punggung, baju yang kecil, sendat, jarang, seluar jeans membalut kaki..Tapi yang tu aku tak buat drastik. Slowly aku asingkan sikit-sikit baju yang aku mula rasa tak selesa pakai, tambah koleksi baju baru...hihi..
Sungguh...baju yang dulu aku suka sangat pakai, sekarang bila pakai rasa asing sangat..Rasa tak kena kat jiwa..Tidaklah ketat pun, cuma elok-elok, ngam-ngam kat badan..Terus dilonggokkan dalam plastik..huhu..

Perjalanan aku masih terlalu jauh. Jangan cakap aku macam baik, macam alim..Tak, aku bukan baik sangat, sikit tu ade lah..haha..Alim lagilah jauh..Yang nampak berubah, hanya surface je. Dalaman ni baaaanyak sangat lagi lompong, ruang-ruang kosong yang perlu diisi..Baaaaaanyak lagi yang kurang. Yang surface pun, masih jauh dari sempurna..
Mudah-mudahan Allah beri aku kekuatan untuk istiqamah dan berusaha mengisi ruang-ruang kosong salam diri aku dengan ilmu yang bermanfaat.
Dan semoga Allah memelihara hati aku dari penyakit-penyakit seperti 'ujub riya' dan takbur..Semoga setiap sesuatu yang aku lakukan, ikhlas kerana Allah, niat untuk mencari redha Allah, dunia & akhirat. 
Allahumma amin..


2 comments:

  1. Happy birthday Faqeeh. Semoga menjadi anak yang soleh. Yt pun tak celeb birthday arissa tapi Yt bw dia pergi jalan. Kami bawa pergi Colmar Tropicale.

    Sayu pulak kite. Kite pun dalam proses. Husband did asked, "bila nak pakai tudung labuh?" So far kite cuma pakai tudung yang memang size L walaupun size M is consider enough to cover my chest. But I took everything slowly. Tak nak drastik. Dan time being is in the process of pakai stoking kaki dan tutup aurat sepenuhnya bila bersama dengan family husband. Saya dah janji pada diri untuk jadikan penghijrahan tempat mastautin kami nanti untuk berhijrah dengan lebih sempurna. Ya luaran. Dalam terlalu banyak ruang-ruang yang tak terisi lagi. Memang sukar untuk berubah lebih baik tapi manisnya hanya kita boleh rasa.
    Semoga kita sama2 istiqamah. Allahhummaamin.

    ReplyDelete
  2. Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
    Tidak termasuk postage
    Whatsapp fakhru 0139233431

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015