Thursday, April 24, 2014

Ibu, Kuingin Tahu


Dalam entry Mendidik Anak Mengenal Allah yang lepas, aku ade mention yang aku suka satu buku ni yang mana aku jadikan buku ni one of my reference book dalam mendidik anak mengenal Allah..

Inilah bukunya...
Ibu, Kuingin Tahu...
Penulis: Nur Khairunnisa Iskandar
Penerbit: Telaga Biru.
Caption kat atas buku tu pun dah mention "Mari kite berkenalan dengan Allah, Sayang"

Kenapa aku suka buku ni?

Firstly, tengok cover buku ni..
Cover pun dah menarik..

Then tengok content dia...
Isi kandungan di bahagikan ikut persoalan-persoalan yang mungkin dikemukakan oleh anak.
Aku percaya buku ni ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis.
Jadi, soalan-soalan yang dijadikan tajuk-tajuk bab ni berkemungkinan soalan sebenar yang diajukan oleh anak penulis dan bagaimana penulis memberi jawapan kepada anaknya.

Sebelum mula Bab/Soalan, ada mukadimah dulu. Mukadimah je dah ambil 30+ mukasurat.

Aku suka sangat ilustrasi dalam buku ni. Subhanallah..Comel, very attractive, very fancy..
Memang kalau nak baca dengan anak-anak pun, anak-anak pun teruja tengok ilustrasi kartun yang colourful dan menarik..

Dalam setiap bab/soalan, ada diselitkan rumusan Nota Untuk Ibu yang sangat komprehensif dan bermanfaat.

Terdapat jugak koleksi mutiara hadis yang berkaitan.

Secara keseluruhan, aku suka sangat cara penulis menjawab soalan-soalan anakanda beliau dengan penuh hemah. Dan aku suka penerangan beliau yang mudah difahami.
Bila aku baca, memang ada a few questions yang Faheem pernah tanya. Kadang-kadang kita blur macam mana nak respon kepada anak seusia Faheem. Sangat penting sebenarnya to install info-info tauhid dan ketuhanan pada usia macam ni. This will be sort of macam foundation for them. Kalau kita salah beri jawapan, berkemungkinan jawapan tu akan lekat di otak anak kita sampai dia besar. Dalam tak sedar kita dah bagi salah tanggapan tentang Allah pada anak kita..Allahu, berat sungguh tanggungan kita.
Jawapan yang penulis beri serta huraiannya memang sangat relevan dan mudah dipraktikkan..
I've been practising a few, InsyaAllah will continue to develop my skills.

Conclusion, buku ini memang sangat recommended untuk all mommies/daddies/parents.
Jom ajar anak-anak kita mengenal Allah!


5 comments:

  1. macam menarik jer..macam nak kene ada jer buku bagus macam ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Ok li..noted.. nak terjah book fair..hee

    ReplyDelete
  3. aku terus gi cari buku ni ili... yeay, berjaya beli! InsyaAllah akan ajar anak2 mengenal Allah.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015