Monday, April 28, 2014

Terhentinya Sebuah Kembara...


Hampir 2 bulan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembara penyusuan secara penuh Faqeeh terhenti..
Yup...
Dah hampir 2 bulan aku simpan breastpump..
Dah hampir 2 bulan aku usung satu beg saja pergi kerja..
Dah hampir 2 bulan Faqeeh berkenalan dengan susu formula..
Dah hampir 2 bulan, aku sedang cuba melicinkan stok EBM yang ada.

Fully breastfeeding journey aku kali ni bertahan untuk 14 bulan..
Abang dulu, bertahan hampir 12 bulan sebelum bergantung dengan formula semata.
Adik masih lagi ada stok EBM yang aku kira akan berjaya dilicinkan paling lama pun dalam tempoh sebulan lagi menjadikan tempoh penyusuan adik almost 17 months.
Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan buat Faqeeh.

Sebab kembara ini terhenti?
Aku pernah cerita sebelum ni, masa buat umrah aku tak dapat simpan/bawak balik stok EBM untuk Faqeeh.
Ujian Allah di Tanah Haram..Aku redha..
Kali terakhir aku pam susu masa di Mekah sebelum check out, Alhamdulillah aku masih boleh dapat 6oz, yang terpaksa aku buang bersama hasil perahan yang lain.
Sekembalinya ke tanah air, susu terus merudum.
Dari 6oz, nak dapatkan 2 oz pun bercinta..
Memang sangat-sangat drastik.
Ditambah dengan Faqeeh yang menolak untuk directfeed (sampai sekarang)..
Day by day, aku masih gigih usung pam ke office.
Tapi hasil perahan makin merudum..
Setiap hari, aku cuma mampu bawak balik 1 - 1.5 oz..
Dan makin lama, nak dapat 1 oz pun susah..

A couple of days lepas balik umrah tu, memang aku sedih sangat bila Faqeeh refuse directfeed dan susu segan nak keluar..
Menangis sampai bengkak mata.
Puas memujuk hati supaya berlapang dada dengan ujian Allah..
Teringat segala doa yang dipanjatkan saban hari sewaktu di Tanah Haram..Di setiap tempat mustajab doa, usai setiap solat, disepanjang waktu berada di Al-Haram..
Allahu..
Aku kira ada bahagian doa yang dimakbulkan Allah, dan ada bahagian yang Allah simpan untuk masa hadapan, InsyaAllah..

Nak kata aku tak sedih, tipu..
Tapi aku dah puas menangis masa baru balik umrah tu..
Bila sampai masa untuk aku rehatkan breastpump, aku sangat tenang.
Antara sebabnya, Allah beri aku situasi yang buat aku sangat berlapang dada walaupun impian aku untuk menyusu Faqeeh sehingga 2 tahun tak tercapai.
Dalam aku bersedih susu makin merudum, rupanya susu yang merudum tu ada bahagian untuk insan lain yang lebih memerlukan..
Perahan susu terakhir aku adalah untuk my adorable new nephew, baby Saiiful Islam yang kena tahan di NICU for a week plus after his birth due to infection.
Alhamdulillah...
Rencana Allah adalah yang sebaik-baiknya..
Aku terima dengan hati yang terbuka dan kesyukuran yang tak terhingga.
Allah ubati kesedihan aku dengan beri izin untuk aku berbakti pada insan-insan kesayangan.
Allahu Allah..

Alhamdulillah juga, sepertimana Abang Faheem, adik Faqeeh pun tak memilih susu formula, tiada masalah alahan etc..So, sekarang ni adik dan abang berkongsi susu lah ye..
Kat rumah pengasuh memang totally bagi formula je.
EBM aku handle sendiri kat rumah..Malas nak susah-susahkan pengasuh..Berapa lama je pun nak habiskan EBM tu..

So...
Here I am now..
No more pumping routine..
No more cooler bag..
For the time being..
Until next production ^____^
InsyaAllah..
Semoga ada bahagian doa yang dimakbulkan Allah untuk future babies, InsyaAllah..Ameen..

7 comments:

  1. Allahhummaamin.

    Allah tak akan bagi kita sesuatu dengan sia-sia. Setiap ujian yang Allah beri semuanya akan memberikan hikmah berlipat ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Allah...insyaAllah...ameen..

      Delete
  2. takpe ili, jgn sedih.. tu pun dah lama... mungkin rezeki faheem di tempat lain.. allah know better..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa faqeeh refuse bf tu mmg sedih sgt..but now, alhamdulillah...i'm over it..tq jue..

      Delete
  3. ily::
    insya Allah faqeeh tau ily dah cuba yang terbaik untuk dia..masa faheem dl susu merudum sebab nak dapat adik faqeeh kan..kali ni dah check ke..rezeki, manala tau kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...tula nonet..mase mule2 tu ingt mcm tu jugak..unfortunately not this time...anyhow, i'm feeling much better now...alhamdulillah..

      Delete
  4. sedih baca sbb ada persamaan juga. sy dpt bw balik ebm beku yg dah cair sikit. tawakkal insyaAllah masih selamat utk diminum Nazif. tp ss bdn merudum sgt. skali pam dpt 3oz je skrg T__T left breast mmg titik2 je keluar. mmg Nazif refused yg situ sblm ke umrah lagi. now right breast ni jelah yg bg 3oz. EBM Nazif mcm xnk sgt. dah sedap fully FM for 2 weeks kot. Alhamdulillah dfeeding masih berjalan di waktu malam. itu pn dpt rasa Nazif mcm x puas hisap sbb ss x berapa nk meriah mcm dulu. sedih. tp keep on pumping kat office once a day only now. ptg x pam sbb nk simpan bg byk skek ss waktu malam

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015