Wednesday, April 9, 2014

Mungkin Ini Cara Allah Makbulkan Doa :'(


Hari tu......
Mengadu kat kawan, berat naik mendadak...
Setelah setahun maintain berat lepas bersalin Faqeeh, tibe-tibe naik menghampiri berat di awal perkahwinan...Yang mana sama dengan berat maksima masa mengandung both sons..

Lepas tu, cakap dekat my zawj pulak..
Perut da buncit..
Buncit yang ketara hokey..
Sampai mama pun tanya, buncit ade isi ke tu?
Padahalnye takde..
Isi lemak sajoh..

Siap la aku ni buat workout..
Wajib setiap hari semenjak minggu lepas..
Sampai Faheem pun hafal dan boleh tunjuk balik kat Abi die..
Terus kantoi ummi..
Makan pun mula nak bercatu..
TAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU ADE ISTILAH DIET..
Huhu..
Tibe-tibe nak catu makan. 
Nasi penuh tinggal separuh..
T_______T

Baru je lagi semua tu..
Minggu lepas...
Tiba-tiba minggu ni Allah tarik satu nikmat..
Nikmat makan..
T__________T

Demam yang suhu asyik fluctuate 38-39 masuk hari ketiga..
Tekak dan gusi penuh dengan ulser..
Gusi bengkak lagi gara-gara gigi bongsu nun kat hujung dalam tu...
Nak telan air liur pun terasa perit.
Nak abiskan semangkuk mushroom soup pun berejam..
Apetah lagi nak mengunyah solid2 ni..
Memang terasa azab sangat...

Tengok perut, dah kurang dah kebuncitan..
Taklah kerempeng terus, tapi menyusut la kadar buncit tu..
Timbang berat, dah susut hampir 3kg...

Allahu Allah...
Mungkin inilah cara Allah makbulkan doa..
Melalui cara yang sedikit perit..

Terus muhasabah diri...
Nak loose weight dan perut kempis je pun..
Allah bagi...Tapi tak semudah kita sangka..
Jadi...
Nak kejar benda yang paling penting dalam hidup. Objektif, misi dan visi setiap umat Islam..Nak menjejak indahnya syurga, the ultimatum in life, pasti cabarannya jauh lebih sukar...Allahu..

Kurniakan aku kekuatan Ya Allah..
Mendepani setiap ujian dan rintangan yang Engkau telah tetapkan dalam hidupku, ahli keluargaku, saudara maraku, sahabat2ku, sekelian muslimin dan muslimat Ya Allah..
Dalam kami berusaha mengecap manisnya syurga..
Jangan Kau jadikan kami lelah dalam mujahadah ya Allah..
Ameen Ya Rabbal Alamin..

2 comments:

  1. Dear,

    Hari ni pun Allah tunjukkan sesuatu pada saya. Ya. Saya terus nangis. Benda kecil tapi bagi impak besar pada saya.

    Sama2 kita berdoa semoga kita kuat. Semoga kita tabah. Dan semoga kita istiqamah.

    ReplyDelete
  2. Xpe.. tue tanda Allah syg. Think posoitif ya kak ily.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015