Tuesday, April 15, 2014

Ujian Kesihatan, Sabar Pun Teruji....


Minggu lepas..
Aku dan my zawj, dua-dua di beri ujian kesihatan..
Aku demam since Isnin lagi.
Demam + ulcer kat tekak + gusi bengkak atas dan bawah + ulcer pada gusi yang bengkak
My zawj pulak, Selasa petang tu demam. Rabu pagi ok sikit. He went for a half day course.
Balik course tu tiba-tiba panas mencanak..
Demam berjemaah lah kita.
Hari Jumaat kot, dia perit-perit tekak. Turns out, dia pun ada ulcer kat tekak jugak.
Satu je lagi dia tak kena untuk mencukupkan pakej combo berjemaah ---> bengkak gusi..
Hihi..
Boleh kata seminggu la kami berdua melepek kat rumah. Sampai ke Ahad..
Because of that, we both loose 4 kg in a week..
Allahu Allah...

Ujian dari Allah..
Astaghfirullahala'zim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..

Semoga ujian menjadi asbab penghapus dosa-dosa kecil..
Semoga ujian semakin mendekatkan kami kepada Allah SWT..
Allahumma ameen..


Sakit menguji sabar?
Memanglah kan...
Sejauh mana kita bersabar dengan ujian kesakitan yang Allah berikan..
Sabar tatkala tekak perit waima nak menelan air liur sekalipun..
Sabar tatkala perut lapar tapi tak mampu nak menjamah makanan..
Sabar tatkala perut kembung, angin mencucuk pedih ke ulu hati asbab tak lalu nak makan..
Sabar tatkala tengok makanan sedap menggoncang iman tapi confirm tak lepas kat tekak..
Sabar tatkala gusi berdenyut sakit..
Allah...terujinya sabarku..

Ada ujian sabar yang lain..
Sabar melayan anak-anak yang tak mengerti erti sakit..
Sabar melayan suami yang turut sama diuji dengan kesakitan.
Allah takdirkan, saat suami demam panas sampai menggigil, aku pulak seems to be ok.
Demam-demam manja. Tapi sakit tekak dan gusi serta pening kepala masih peneman setia.
Jadi, most of the time, aku nampak lebih segar dari dia.

Saat gusi pedih membengkak, tekak perit, tentu saja kau nak kurangkan bicara.
Nak bukak mulut pun terasa peritnya.
Anak kecil sedang petah berkata-kata.
Diambilnya buku, dihampar di sebelah aku, diselak satu persatu.

"Ummi ni apa ni ummi?"
"Lori simen.."
"Ha?"
"Lori simen.."
"Haaa?"
"Lori simen !"
"Haaaa?"
"Ni apa Faheem?"
"Lori simen kan ummi..."
"Siapa bawak lori simen ummi?"
"Rabbit.."
"Bukan....Siapa bawak lori simen?"
"Rabbitlah..."
"Bukan rabbit.."
"Ni apa?"
"Ni rabbit...Rabbit bawak lori simen kan ummi..."

And the conversation goes on as he flips through each pages.

Belum lagi saat bergurau senda luar biasa dua beradik..
Nak menjerit dah tiada daya..
Kadang-kadang memang dibiarkan je..
Berkecah satu rumah, tak termampu nak urus semua..
Kadang-kadang terhambur juga marah pada anak-anak..
Allahu..
Mulalah rasa sebal bertamu..
Mengimbangi rasa sakit, sabar dan marah..
Aku kan manusia biasa..

Kasihan anak-anak.
Mereka tetap mahu perhatian.

"Ummi, sinilah ummi..Ummi bangunlah..Jomlah ikut Faheem.."
Faheem tarik-tarik tangan ummi yang tengah terbaring menahan sakit..
Adik menurut je lagak dan gaya abang..
"Abang mainlah dengan adik..Ummi demam ni.."
Faheem letak tangan di dahi ummi..
"Panaslah ummi..Ummi demam...Faheem demam jugak"
Letak tangan di dahi sendiri pulak..
"Ummi demam kan.."
Faheem angguk-angguk..
"Jomlah ummi..bangunlah..Jangan tidur..Cepatlah ummi...Kawan ummi je..Adik tak boleh.."
Kembali menarik-narik tangan, paksa ummi bingkas bangun.

T_____T





No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015