Friday, April 18, 2014

Umrah: Mencari Diri - Kembali Kepada Fitrah


Kembara umrah, kembara rohani, kembara penyucian jiwa..
Majoriti atau hampir semua yang menunaikan umrah, aku yakin, niat dan nekad mereka cuma satu..
Mencari diri sendiri...
Kembali kepada fitrah...
Semua merasakan jiwa kehambaan yang sangat tinggi kepada penciptanya, Allah SWT..


 Kata mutawwif....
Kalau kita tengok, ramai yang datang sini (Mekah), dia jumpa diri dia sendiri..
Dalam hati, dalam otak dia cuma nak beribadat, nak buat kebaikan, nak beramal sebanyak mungkin..
Sebab tu kita tengok, Masjidilharam, tengah malam buta pun ramai orang lagi..
Bila kita jumpa diri kita sendiri, kita tak hirau dah benda lain..
Kita sanggup solat jemaah setiap waktu fardhu di Al-Haram..
Kita sanggup beriktikaf di masjid berapa lama pun..
Kita sanggup mengaji, khatam Quran di masjid..
Kita sanggup harung lautan manusia, tawaf semampu kita..
Itu memang fitrah manusia..
Manusia itu asalnya suka pada kebaikan...
Di sini....Kita jumpa diri kita sebenar..


Tapi ada juga orang yang dia dah jumpa diri dia sebelum dia datang Mekah lagi..
Dari Malaysia, dia memang jemaah masjid/surau...
Dia memang rajin hadir majlis kuliah, majlis ilmu, majlis agama..
Bila kat Mekah, dia masih lagi menjadi diri dia. Mungkin lebih baik lagi..
Dan bila balik Malaysia, dia tetap menjadi dirinya..


Tapi ramai antara kita, bila balik nanti, kita lupa diri kita sebenar..
Kita sibuk dengan urusan kerja..
Kita sibuk dengan urusan dunia..
Kita sibuk dengan macam-macam..
Kita tak sempat nak solat fardhu berjemaah di masjid, tak sempat hadir majlis ilmu, semuanya tak sempat..
Kita kembali jauh dari fitrah...
Nauzubillah..
Mudah-mudahan kita mampu istiqamah dengan amal ibadat seperti mana kita beramal di Al-Haram..

******
Sungguh, bila dikenang kembali memori sewaktu di Tanah Suci..Allahu..Jiwa bagai diseru-seru..Kekuatan dan semangat muncul entah dari mana..Seolah tiada istilah lelah dalam beramal ibadat. 

Sedihnya, bila pulang, seperti jemaah tipikal yang lain, entah ke mana menghilang semangat dan kekuatan semua tu? 
Sesekali momentum tu datang, macam-macam azam dan nekad di pahat dalam hati...After some time, mendatar...Tak nampak kemana hala segala azam dan nekad tu tadi..

Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah..
Kekuatan dalam beribadat, kekuatan dalam mencari diri yang sebenar, kekuatan untuk kembali kepada fitrah...Ya Allah, kurniakan aku kekuatan agar aku mampu istiqamah dalam menjejak redhaMu Ya Allah..Ameen Ya Rabbal alamin..



1 comment:

  1. Seronoknya dah ke sana. Saya masih lagi tak berkesempatan.

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015