Thursday, May 29, 2014

From My Humble Kitchen: Seafoods


Frankly speaking, aku tak pandai masak. Jujur dan ikhlas dari hati. Aku memang tak pandai masak.

Kalau tak percaya, pergilah tanya mak aku. Confirm dia akan angguk laju-laju.
Mana taknya, anak dia ni dari zaman anak dara, turun ke dapur pun malas...Kuikuikui...
Sebelum kahwin, tugas masak-memasak adalah tugas Kangah selaku chef kedua di rumah Mama.
Tugas aku sediakan bahan-bahan untuk masak je. Tapi itu yang lagi rumit woii..
Part cuci-cuci ikan ayam segala bagai tu..Siang potong semua tu, ayah dah setelkan..Hihihi..
Paling-paling pun, nasi dan sayur je lah yang aku masak..Ohoiiii..

Bila dah kahwin, mak aku punyelah risau, apalah menantu dia nak makan..Bukan risaukan anak ok. Risaukan menantu. Anak tak makan takpe. Sape suruh malas masuk dapur???


First year kahwin sampai bersalin Faheem memang jarang sangat aku masuk dapur. Sebab tengah buat part time Masters, kelas after office hour sampai tengah malam baru balik. Seminggu ada 3 classes. Another 2 days, sibuk tengok assignments pulak. Weekends balik rumah parents. Bila nak masak? Bila preggy Faheem mabuk super teruk sampai lost 5kgs. Memang tak berasap la dapur.

=___='

Aku rasa entering third year of marriage baru aku rajin menjengah dapur. Plus masa preggy Faqeeh pun Alhamdulillah tak mabuk teruk macam 1st pregnancy. Still boleh masak, bau tumisan, selera makan pun ok je.


Sekarang ni, boleh tahan gigih memasak. Bahan basah dan barang dapur pun boleh mencecah RM300 sekali borong...Dulu takdenye stok bahan basah, barang dapur kat rumah tu. Kalau ada pun, berkurun lama terperap sampai expired...*Sigh*

Now, I keep trying to improve my cooking skill. Dengan teknologi tanpa sempadan sekarang ni, klik klik je boleh dapat resepi dah. So, aku taknak guna alasan tak pandai masak tu untuk malas masuk dapur. Since my zawj pun lansung tak cerewet pasal makan, what i cook, he will eat without any comment, lagi lah aku tak boleh bagi alasan bagai. Walaupun kat tekak aku rasa macam "Apalah kau masak ni ily oiii...Tawar hebeh, takde rase, rase pelik..." my zawj akan tetap cakap "Ok je. Thank you sebab masak"..
But I admit, ada jugak hari yang...."Erghhh taktau nak masak apa...Makan luar la eh.."
Maksudnya malas lah tu..Bahaha..

Ni antara hasil air tangan aku yang tak seberapa tapi Alhamdulillah mengenyangkan dan menggembirakan perut seisi rumah.

o__O

 Kali ni aku fokus kat seafoods je.


First time nak masak lala, teringat lala masak serai dekat Restoran Ana Ikan Bakar..Laju je klik klik cari resepi..Yummeh..


Ni second attempt masak lala. Resepi mak kepada bff aku. Makcik!!!! Resepi makcik sedap!!!!
(Makcik masak apa pun, semua sedap!! Oh..rindu zaman diploma degree dulu mengadap ramai-ramai makan lauk-pauk yamg makcik bawak...Slurrrrpppp)

Masak Lemak Cili Api Udang & Cendawan (Resepi Chef Hanieliza)
Yang ni aku refer buku 365 Resepi tu..1 hari 1 resepi kononnya. Pernah jugak kena perli dengan my zawj masa zaman bontot berat nak masuk dapur, "Dah berapa banyak resepi dah awak cuba?"
Sentap hokeh...Bahahaha..

Sambal Berlada Udang
Antara masakan mama yang menjadi favourite aku masak berlada (ehhh...sume yang mama masak pun favourite aku kot..huhu)...Selalu mama buat ayam berlada or ikan keli goreng berlada. Ni aku buat udang pakai resepi sama.

Sotong Mak Kassim (Resepi  Arwah Nenek)
Masak mak kassim ni memang all time favourite aku dari kecik. Paling aku kecur air liur kalau buat paru mak kassim..Ohoiiiii...Guna ayam dan daging pun boleh..
Mesti pelik kenapa nama dia masak mak kassim. Kenapa tak mak ahmad ke? Mak Abu ke? Ramai sangat dah orang tanya macam tu...Kata arwah maktok aku, arwah mak die (arwah moyang aku yang aku panggil nenek) dapat resepi ni dari dari kedai mamak. Mamak tu nama dia kassim. Mak Kassim tu kiranya singkatan Mamak Kassim. Melekat lah nama tu sampai sekarang, dah 4 generasi dah..

Paprik Sotong
Cincai je masak ni. Sap sap soi. Ada sos cili, sos tomato, sos tiram...jalan...


Sotong Masak Kicap
Bosan dengan menu sotong yang sama, nak try masak kicap pulak. Again klik klik je dapat resepi. Sedap jugak..


Singgang Sotong
Ni belajar dari ayah..hihi...Masak singgang memang favourite ayah..Orang pantai timur khennn..Sesekali masak macam ni pun rasa heaven je makan. Takde minyak, takde lemak..

Semoga roh rajin untuk masak tu sentiasa ada dalam jiwa aku..huhu..

Syuhh...syuh..wahai roh malas..Saja taknak bagi aku dapat pahala menggembirakan tekak dan perut suami & anak-anak ye..
hahahaha~

1 comment:

  1. ehem..saje nak lawan sape telan lior paling banyak ke ni..hahaha.. Aku telan lior setiap gamba kot! haha

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015