Thursday, May 15, 2014

Hari Sedih...


Hari ni hari mata merah..
Nangis sorang-sorang kat ofis..
Habuk masuk mata..
Fuhhhhh...Fuhhhhh..Fuuhhhhh..
Sedih..
T______T

Kawan yang sama-sama kat bridge dulu..
Selalu tumpangkan aku pergi kelas Master nun kat Shah Alam bila kebetulan ada kelas hari yang sama walau lain course..
Pastu drop aku balik kat mana-mana yang senang mak/laki aku datang amik..
Masa aku sarat ngandung Faheem, stress dengan komuter sebab tak boleh nak nyelit-nyelit sebab too crowded, dia offer tumpangkan aku and drop kat any LRT yang senang untuk aku balik..
Banyak sangatlah yang dia dah tolong aku..
Sama-sama keluar dari bridge, pindah ke unit yang sama..
Banyaklah cerita suka duka happy sedih stress bengang yang kongsi sama-sama dari unit lama, ke unit baru dan tak kiralah pasal kerja ke ape..
Almost 6 tahun aku dengan dia..
Dah macam kakak aku dah walaupun kalau orang tengok fizikal kiterang, orang akan cakap aku ni kakak dia..huhuhu..
Hari ni dia pindah, tinggalkan aku..

Hah..
Tengah taip ni pun bergenang lagi..

Lepas blah, tiba-tiba dia whatsapp aku
"Ili...Jgn nangis...Hihihi..."
Lagi lebat airmata aku turun..
Dia tak tau mata aku dah merah-merah tahan nangis.
Masa salam dia tu aku cool lagi control..
Lepas dia blah, automatic kot aku rasa empangan mata aku ni pecah..
Shoooot la...

In most situation, memang aku tabik spring dan salute gila kat dia.
Fizikal kecik, tapi berani mengalahkan singa.
She is really one tough nut to crack.
Kontra teramat dengan aku yang macam siput, menyorok dalam cengkerang.
Sekarang aku dah takde geng nak bebel-bebel, nak kongsi stress tension bagai.
Hadap la kau sensorang Ily oii..
(Takpe, Allah kan ada T___T )

Yo!
Aku doakan kau happy selalu. Take care of yourself and your little baby.
Your new work might be tougher, but knowing you, I know you can handle it.
Thanks a lot for all the good things that you have done, everything that we have shared, everything that we have gone through all these years. 
Semoga sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai Allah.



1 comment:

  1. Faham perasaan berpisah dengan kawan. Jantung rasa nak pecah menahan rasa. :'(

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015