Tuesday, June 17, 2014

Adik Faqeeh Yang Super Ligat


Tak banyak aku cerita pasal progress perkembangan Faqeeh dalam blog ni.
Unlike Faheem dulu, hampir setiap bulan update..
Ampunkan ummi adik Faqeeh..
Really regret that because you grew up too fast and I should have kept all those amazing progress of yours in here...
I love you both just the same. Equally, unconditionally..

Belajar dari abang, suka buat memek muka macam-macam...


Faqeeh dan makan adalah sinonim. Alhamdulillah, berselera dia makan..Tapi jenuhlah ummi letak dia atas paper tu, dia tarik balik pinggan letak tepi, taknak alas..

Faqeeh is now 18 months young.
What have he achieved so far?
Fully breastfeed/EBM until 14 months. Then mix FM bila start hantar ke pengasuh. Stok EBM habis licin on his 17th months. Sekarang ni memang fully FM dah.
Gigi geraham belah atas dah keluar.
Sangat ligat, sangat lincah, sangat macam-macam..
Aktifnya sama je dengan abang.
Abang panjat meja, dia ikut panjat.
Abang panjat tangga, dia pun sama.
Abang lompat-lompat, dia ikut lompat jugak.
Abang joget-joget, pun dia ikut joget.
Memang copycat abang sungguh.
Abang memang idola No.1 adik, most of the time. Dia akan ikut je abang cakap apa.
Kalau abang mintak something, tunggu lah, confirm ada orang back-up abang.
Selalunya, dia datang dengan nada penegasan.
Pengsan ummi hoi..


Posing macam orang besar dah awak ni..

He have preferences and determination.
Kalau dia kata nak A, dia takkan terima kalau kau bagi dia B-Z..
Dia akan jerit nangis mintak A jugak.

Adik Faqeeh cepat buat muka sedih. Sayu je hati tengok. Tak sampai hati.
Taktik dia je tu. Hahahaha..
Bijaknye adik..
  
 Konon-konon taknak layan ummi nak snap gambar dia..Ngade tau.. 

 Bakul basikal pun boleh buat helmet =_='


 Genius, ain't I?

Adik dengan abang, adik banyak mengalah.
Kalau abang main something, adik akan duduk sebelah tengok dengan khusyuk. Kalau ada cubaan nak capai-capai join main sekali, pantas di tepis abang. Tapi adik cool, setia menempek tepi abang walaupun dimarahi banyak kali oleh abang.
Kalau adik main something, cepat je abang datang amik. Jarang nak kasi chance kat adik. But ada jugaklah time yang dia pemurah sangat, semua dia nak kasi kat adik. Adik tentulah akan mengamuk. Dulu kalau dia ngamuk, takde physical contact dengan abang. Paling-paling pun, dia campak barang tanda protes dengan muka bengis berkerut-kerut dahi. Nowadays, dah pandai kot melawan balik. Habis abang disepuk, ditarik rambut...Dah geram sangat lah tu...Lama sangat mengalah kot..Adehhh..


 Nowadays gemar sangat kerut-kerut muka macam orang tua..

 Cheeky boy nak tolong ummi basuh botol susu..

Adik ni hati dia lembut.
Kalau kita buat-buat marah kat dia, dia akan datang kiss kita bertalu-talu.
Kalau aku nangis pun, dia akan datang panggil "Ummi...ummi...", datang depan aku, pandang muka aku, then dia hug and kiss sampai aku berhenti nangis.
Kalau abang nangis pun, at times dia akan pergi kat abang cuba nak pujuk.


 With his idol, abang Faheem..

 Faqeeh....tak cukup sudu ke kat dapur ummi tu sampai makan pakai penyodok pasir??

Mulut dia boleh tahan petah...Kadang-kadang dia membebel sorang diri..
Dah pandai dah cakap "Taknak kawan ummi..." sambil buat muka marah, jeling-jeling..
Ada masa dia berzikir, dah boleh dengar dah butir-butir ayat dia baca. Alhamdulillah..
Kalau pasang CD Sufi Cilik tu, dengarlah dia ikut sekali..
Doa makan, masuk toilet, naik kenderaan pun dah boleh follow sikit-sikit.



Faqeeh ni independent, berani.
Banyak buat hal sendiri.
Senyap-senyap je.
Tapi kalau keluar, kau tak boleh leka dengan dia.
Not even a single second.
Laju je dia berjalan tah kemana nanti. Bila tau kita kejar dia, lagi laju dia lari sambil gelak-gelak.
Tolonglah adik...Bab ni memang ummi paranoid..Sebab dia tak takut orang lansung.



Banyak sangat lah perkembangan dia yang ummi tak ter-recap dah...
Cuma lately dia sangat cranky dan manja terlebih. Pantang ada benda tak kena sikit, dia punya mengamuk tu, tak larat ummi nak pujuk. Aduhai Faqeeh..
Jangan ikut perangai keras hati ummi masa kecik dulu sudahlah..haha..






1 comment:

  1. suka tgk gambo adik basuh botol tu hihi checcky ya amat

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015