Wednesday, June 18, 2014

Reaksi Anak-Anak Bila Ummi (Pura-Pura) Merajuk


I am a typical mom.
Manusia biasa, yang tak pandai kawal segala macam perasaan.
Dan selalu jugak tak pandai nak kawal situasi..
Jauh sangat untuk digelar super-ummi..
Ummi mithali apatah lagi..
Jauhnya bagai 7 petala langit dan 7 lapis bumi..

Mengawal marah dan memperbanyakkan sabar adalah kelemahan aku yang sukar nak dibendung.
Pernah aku tanya Faheem..
"Ummi garang tak?"
--Geleng Kepala--
"Ummi kuat marah tak?"
--Angguk angguk--
See.
I really am a typical mom.

Ada ketika aku cuba menarik nafas dalam-dalam, sambil beristighfar dan berzikir..
Kebanyakan masa, aku tau nak bertempik je. 
*sigh*
Aku adalah seorang MOMSTER !!!

Ada masanya aku guna silent treatment.
Letih jugak kalau asyik nak memetir je..haha..
Kadang-kadang aku pura-pura merajuk/menangis.

Yes, kalau aku asyik membebel, it doesn't work.
It was just like a fun music to their ears.
Lagi kau jerit JAAANGANNNN, mengepet tanpa henti, lagi si anak tersengih-sengih buat benda yang kau larang.
End up, kau hangin sendiri.
Sebab kau expect budak umur tu dah faham arahan macam yang orang sebesar kau faham.
Memang silap besar kat situ..
They are kids, children, toddler..
Not LITTLE ADULT.
To them, life is about fun..

Tapi bila aku pura-pura merajuk...

Faqeeh will come close, datang menghadap depan muka, pandang deep into your eyes, panggil ummi berkali-kali dengan nada yang sangat sweet, kiss muka ummi bertalu-talu. Selagi kau tak senyum, selagi bunyi tangis bersisa, selagi tu dia akan kiss dengan wajah yang sangat innocent.
Walaupun aku merajuk dengan abang, adik tetap juga datang pujuk.
Aduhhh...I'm so touched..

Faheem pulak, sangat dewasa..
"Ummmmi...kenapa? Kenapa ummi nangis? Kenapa ni ummi? Ummi jangan nangis ummi...Kenapa ni? Faheem tak suka ummi nangis.."

Pernah juga saat tangis bersisa usai solat, Faheem cakap..
"Ummi solat pun nangis ke ummi?"
Huhu..

Pernah aku pakai taktik begini..
"Kalau abang taknak dengar cakap ummi, ummi nangis. Abang suka ummi nangis tak?"
"Takkkkk.. Tak suka..Ummi tak boleh nangis.."

After that I heard him talking to adik,
"Jangan kacau mainan abang. Abang nangis nanti..."
=_='
Faheem pun dah pakai taktik ummi..


Eh ! Anak-anak aku tak nakal.
Mereka cuma anak-anak yang sihat dan aktif yang sedang melalui fasa pertumbuhan mental dan fizikal yang drastik. Mereka gembira dalam dunia riang ria kanak-kanak mereka. Syukur Alhamdulillah..
Cuma aku yang tak terkejar untuk sama-sama bergembira menikmati kegembiraan mereka..
My bad.

Semoga Allah beri aku kekuatan untuk mendidik anak-anak dengan hikmah, dengan ketegasan dalam kelembutan, dengan ilmu dan kasih sayang.
Semoga anak-anak ummi menjadi anak-anak yang soleh/solehah.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015