Friday, June 27, 2014

Bicara Tentang Aurat Dengan Anak


Pernah aku cakap pada Faheem tentang aurat. Walaupun topik agak berat, tapi cakap santai-santai je.. Kenapa lelaki tak boleh pakai seluar pendek? Kenapa ummi pakai tudung? Kenapa Faheem tak boleh biar pintu rumah/tingkap ternganga luas saat ummi berpakaian santai kat rumah?

These days, kalau ummi suruh Faheem tutup tingkap, Faheem akan cakap...
"Orang tak boleh tengok ummi kan.. ummi tak pakai tudung kan...aurat kan.."
Takpun dia akan suruh ummi pakai tudung..
Huhu

Kalau saje biar Faheem pakai pampers je lepas mandi, dia bising mintak nak pakai baju. Malu katanya..Aurat...

Abi dan 2 hero kecil seronok berendam swimming pool. Ummi cakap, abang tak ajak ummi pun...Faheem kata, "Abang boleh mandi kolam, abi boleh mandi kolam, adik boleh mandi kolam, ummi tak boleh mandi kolam..."
"Kenapa ummi tak boleh?"
"Ummi kan pakai tudung..."


Abi nak bawak Faheem pergi gunting rambut kat kedai..Ummi sekadar tunggu kat rumah. Tapi Faheem nak ajak ummi..
"Ummi, cepatlah pakai tudung...ikut Faheem cepat!"
"Ummi keluar macam ni boleh?"
"Tak boleh la ummi...Nanti orang tengok aurat..."

Faheem nampak kakak seksi.
"Kakak tak malu..."
"Kenapa kakak tak malu?"
"Kakak tak tutup aurat..."
"Tutup aurat mcm mana?"
"Pakai macam ummi..."

"Aurat faheem mane?"
"Sini..." tunjuk lutut.
"Lutut sampai mana?"
Blur...tercengang..berfikir..
"Dari pusat sampai lutut kan.."
"Iye..." angguk-angguk..
"Dari mana sampai mana?"
"Sini..(tunjuk lutut)..sini... (tunjuk pusat).."
"Aurat ummi?"
Tunjuk lutut lagi..
"Bukan..aurat ummi tak sama faheem"
"Ummi perempuan ke ummi? Faheem boy?"
"Iye sayang..."
"Ummi tak pakai tudung?" Tunjuk kepala togel ummi..
"Dalam rumah, ummi dengan abi dengan anak-anak ummi, tak payah pakai tudung"
"Uncle tak boleh tengok ummi?"
"Uncle tak boleh tengok aurat ummi..."
"Ishhh..uncle ni..jangan tengok ummi.."
Tah uncle mana tah yang dia marahkan..huhuhu..padahal kami bertiga je dalam rumah, ummi, faheem & faqeeh..

Hopefully he really understand what does it means dan berusaha jaga aurat sendiri, aurat ummi abi dan adik-adik, jaga pandangan dari melihat aurat orang lain. InsyaAllah, ameen.

2 comments:

  1. bagusnya faheem, jue tak tau cane nk ajar rayyan bab ni.. kdg tengok macam tak matang, kdg paham, kdg macam tak... mencabar sgt rasanya

    ReplyDelete
  2. pandainya...bdk2 ni kalo kita ajar dari kecik mmg cepat dia paham...hehhe alhamdullillah...

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015